MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Membentuk Sahsiah Anak-Anak

 




Setiap zaman/tahun mempunyai dan mencetuskan cabaran berbeza-beza dalam mendidik serta memastikan penjagaan anak-anak dapat diberikan dengan sebaiknya.


Kini zaman teknologi dan pengaruh rakan sebaya antara menjadi cabaran para ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak.


Setiap para ibu bapa mahukan atau inginkan setiap anak mereka menjadi insan yang berguna, berbakti kepada kedua ibu bapa, membanggakan mereka dan seumpamanya. Namun untuk natijah itu apakah yang perlu dilakukan atau pengorbanan yang perlu dibuat?.


Panduan atau tips di bawah adalah sebahagian dan mungkin bermanfaat untuk bersama dalam membentu sahsiah anak-anak.


Sahsiah di definisikan sebagai keperibadian, peribadi: yg utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg terpuji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


1. Kepimpinan melalui teladan jadikan ia sebagai perinsip  ibu bapa,  berikan contoh yang terbaik dalam berumahtangga seperti hormat menghormati, mengajak kepada kebaikan, bantu membantu, berkerjasama, melaksanakan tanggungjawab dengan baik, bertolernasi, tegas pada tempatnya, berupaya dan berusaha membimbing anak-anak dengan baik dan nilai nilai murni seumpamanya.


2. Luangkan masa bersama anak-anak dihujung minggu untuk membuat aktiviti-aktiviti bersama seperti mengemas dan membersihkan rumah, memasak, berkebun, beriadah, makan bersama di rumah atau di luar seperti restoran atau gerai bagi mereka yang mampu.


3. Terapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak-anak seperti hormat menghormati, bantu membantu sesama adik beradik dan orang lain, berkasih sayang kepada diri, adik beradik, keluarga, kawan-kawan dalam mewujudkan silaturahim dan beri pendidikan kesedaran dalam setiap natijah perbuatan, baik buruk, positif negatif sekiranya dilakukan.


4.  Beri dan ajar pendidikan dan amalan agama adalah sangat penting, kerana agama panduan kehidupan seseorang bagi beragama Islam perkara ini perlu dititikberatkan dan bagi bukan beragama Islam admin juga percaya agama menjadi tunjang utama sebagai panduan hidup mereka.


5. Buat jadual kepada anak-anak dalam memberikan tanggungjawab kerja di rumah seperti belajar, memasak, sapu rumah, buang sampah dan sebagainya latihan ini akan mendisplinkan anak-anak natijahnya.


6. Ambil tahu dengan siapa anak-anak berkawan kerana pengaruh rakan sebaya boleh mempengaruhi kehidupan anak-anak. Sekiranya berkawan dengan rakan sebaya yang baik Insya-Allah yang baik-baik juga akan berlaku. 


7. Jangan biarkan anak-anak leka dengan permainan game sehinggakan masa bersama ibu bapa jarang atau kadang-kadang sahaja. Hadkan masa anak-anak bermain game. Kalau boleh galakkan game berunsur pendidikan dan menggerakkan minda mereka.


8. Jangan biarkan anak - anak bermain telefon sehinggakan sangat kurang berinteraksi dengan ibu bapa dan adik beradik. Buat peraturan jika perlu seperti tidak dibenarkan memegang atau membawa handphone/telefon bimbit ketika makan bersama. 


9. Jangan biarkan anak-anak bermain game sehingga lewat malam, kerana ini boleh menggangu amalan tidur yang cukup dan terbiasa tidur lewat, apabila tidur dan rehat tidak cukup anak-anak akan terbiasa bangun lewat.


10. Jangan biarkan anak-anak lepak tanpa tujuan dan kerap, kesannya persekolahan terabai dan matlamat hidup tidak jelas.


11. Jangan biarkan anak-anak jarang berada di rumah kerana kita tidak tahu apa yang  mereka buat diluar sana.


12. Jangan biarkan anak-anak balik lewat malam, beri nasihat dan kesedaran kenapa tidak digalakkan dan perlu balik awal ke rumah.


Semoga ianya memberikan manfaat kepada para ibu bapa dan bersama.


Anak - anak adalah anugerah Allah SWT jaga la amanah ini dan Insya-Allah kelak memberikan manfaat di dunia dan akhirat.


Kredit: mywilayah.com


Post a Comment

0 Comments