MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Masjid Pertama Di Greece

 


Greece kini mempunyai masjid buat kali pertamanya sejak 14 tahun usaha penganut Muslim untuk membina dan mendapat kelulusan kerajaan Greece akhirnya tercapai.



Masjid yang diberi nama Votanikos atau Athens New Mosque terletak di Athens iaitu ibu negara Greece.



Al-Jazeera melaporkan masjid itu dibuka secara rasmi pada 1 November lalu.


Zaki Mohammed, 49, yang juga penduduk Greece dan berasal dari Maghribi dilantik sebagai imam pertama masjid berkenaan.


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT dengan kehendak-Nya akhirnya masjid telah didirikan di Greece memudahkan penganut Islam beribadah dan syiar Islam tersebar kerana Islam itu agama Sejahtera.


Sumber: Aljazeera & gambar @KhaledBeydoun


Post a Comment

0 Comments