MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Intipati Belanjawan 2021



KUALA LUMPUR, 6 Nov  -- Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini.


  • Belanjawan 2021 dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi


  • Kerajaan bercadang menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 billion untuk membiayai pakej bantuan tambahan KITA PRIHATIN


  • Sejumlah RM1 bilion akan diperuntukkan lagi tahun hadapan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19


  • Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius dinaikkan kepada RM8,000 daripada RM6,000


  • Bantuan RM1,200 diberi kepada isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak


  • Cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 


  • Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus mulai Januari 2021 


  • Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan 


  • Keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion


  • Kerajaan menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif 


  • KWSP membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk pembelian produk perlindungan insurans dan takaful hayat serta penyakit kritikal


  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman Skim Persaraan Swasta dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025


  • Kerajaan menyediakan sejumlah RM4.6 billion bagi memperkasa Bumiputera


  • Peruntukan RM510 juta bagi tujuan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN Nasional dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)


  • Kerajaan menyediakan RM800 juta menerusi program peningkatan keupayaan Bank Pembangunan Malaysia dan SME Bank 


  • Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas untuk memperkasa usahawan wanita.


  • Program bimbingan kepada lebih 2,000 usahawan wanita akan disalurkan melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe).


  • Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM500 juta pada 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).


  • Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat pindah milik dan perjanjian rumah bagi pinjaman pembelian kediaman rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.


  • Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan selama lima tahun lagi. 


  • RM1 bilion disediakan sebagai pakej galakan pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi.


  • Dana teknologi tinggi bernilai RM500 juta akan disediakan oleh Bank Negara Malaysia bagi menyokong syarikat sektor teknologi tinggi dan berinovasi.


  • Melonggarkan syarat galakan cukai bagi hab Prinsipal dan melanjutkannya sehingga 31 Disember 2022.


  • Pengenaan kadar cukai bagi penubuhan 'global trading centre' (pusat perdagangan global) pada kadar konsesi 10 peratus bagi tempoh lima tahun.


  • Menaikkan had nilai jualan bagi aktiviti tambah nilai dan aktiviti tambahan yang dijalankan di Zon Perindustrian Bebas dan gudang pengilangan berlesen daripada 10 peratus kepada 40 peratus daripada nilai jualan.


  • Kadar cukai istimewa kepada syarikat pengilang terpilih untuk memindahkan perniagaan ke Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022. 


  • Skim Pembangunan Nasional bernilai RM1.4 bilion oleh Bank Pembangunan Malaysia diperkenalkan bagi menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik. 


  • Skim pembangunan maritim, logistik, skim pembiayaan pembangunan mampan, skim infrastruktur pelancongan dan dana pengangkutan awam akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 dengan dana sebanyak RM3.3 bilion. 


  • Kemudahan bantuan pemulihan bersasar bernilai RM2 bilion di bawah Bank Negara Malaysia akan diperkenalkan melalui pinjaman daripada institusi perbankan. 


  • RM100 juta daripada langganan sukuk PRIHATIN untuk menjalankan penyelidikan penyakit berjangkit merangkumi pembangunan vaksin serta kajian rawatan dan diagnostik. 


  • RM20 juta telah diperuntukkan untuk meneruskan program pemilikan sijil minyak sawit mampan bagi merancakkan pertumbuhan dan meningkatkan daya saing industri sawit.


  • Geran padanan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi.


  • Kerajaan akan meningkatkan jaminan sehingga RM10 bilion di bawah syarikat jaminan pembiayaan perniagaan dengan peruntukan RM2 bilion khusus untuk usahawan Bumiputera.


  • RM3 bilion dikhususkan untuk syarikat berkemahiran tinggi seperti minyak dan gas serta aeroangkasa.


  • Belanjawan 2021 dijajarkan kepada keutamaan dasar Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. 


  • Jumlah perbelanjaan keseluruhan 2020 dianggarkan sebanyak RM314.7 bilion, meningkat RM17.7 bilion berbanding unjuran asal.


  • Defisit fiskal bagi 2020 dianggarkan meningkat kepada 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding sasaran asal 3.2 peratus.


  • Kutipan hasil kerajaan bagi 2021 dijangka meningkat kepada RM236.9 bilion.


  • Belanjawan 2021 merupakan belanjawan yang bersifat mengembang.


  • Perbelanjaan bagi 2021 merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah dengan nilai sebanyak RM322.5 bilion. 

 

  • Kerajaan memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion bagi simpanan luar jangka.


  • RM50 juta diberikan sebagai akses pembiayaan kepada kontraktor pembinaan di bawah skim pembiayaan kontrak ekspres.


  • RM15 bilion disediakan bagi membiayai antaranya Lebuhraya Pan Borneo, Landasan berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang (Fasa Pertama).


  • Projek lain akan diteruskan seperti Sistem Transit Rapid dari Johor Bharu ke Woodlands, Singapura dan Laluan 3 Transit Aliran Massa (MRT3) di Lembah Klang.


  • Kerajaan akan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dijangka dapat menjana kesan pengganda kepada ekonomi negara. 


  • Kerajaan akan menerbitkan Bon Kelestarian pertama negara bagi tujuan alam sekitar dan sosial pada 2021.


  • Pengecualian cukai pendapatan sedia ada bagi geran Sukuk Hijau Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab diperluas kepada semua jenis sukuk dan bon. 


  • Pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 2025.


  • Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 3.0 diteruskan dengan saiz dana RM2 bilion selama dua tahun sehingga 2022.

-- BERNAMA

Infografik MOF


Berkait: Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021

Post a Comment

0 Comments