MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz



Biodata

Nama: Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz 

Gelaran Terkini: YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tarikh Lahir: 25 Jun 1973

Tempat Lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur

Jawatan Terkini: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)


Merupakan seorang ahli senator, pelabur dan tokoh korporat Malaysia yang kini dilantik ke dalam kabinet YB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin sebagai Menteri Kewangan pada 09 Mac 2020. Beliau juga merupakan pelabur utama di Tune Money Sdn Bhd penyedia perkhidmatan kewangan dalam talian pertama di Asia, CEO dan pemegang saham utama Tune Money Sdn Bhd

Di lantik menjadi Menteri Kewangan dengan gelaran YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

 

Pendidikan

2017 – 2019: Sarjana untuk kali kedua dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tsinghua PBCSF (People’s Bank of China School of Finance), yang merupakan institusi pendidikan kewangan bertaraf dunia dan pusat penyelidikan kewangan terkemuka

Sarjana Sastera (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari Universiti Exeter, United Kingdom

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dari Universiti Bristol, United Kingdom

A Level di Sherborne School Dorset, United Kingdom

Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

Sekolah Rendah Bukit Bintang

Sekolah Rendah Sri Petaling

 

Perkahwinan

Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu YM Raja Datin Sri Johanna Raja Arshad

Hasil perkahwinan mempunyai 4 cahaya mata 2 anak perempuan dan 2 anak lelaki iaitu:-

  1. YM Tengku Zahra Jasmina
  2. YM Tengku Zahira Eusnie
  3. YM Tengku Zaeem Khalif
  4. YM Tengku Zayn Aqeel

 

Kerjaya/Perkhidmatan

3 Disember 2022 - Kini: Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)

27 Ogos 2021 - Disember 2022: Menteri Kewangan

09 Mac 2020 - Ogos 2021: Menteri Kewangan

Julai 2021: Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Februari 2015 - 9 Mac 2020: Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad

2014 - 2015: Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Berhad

2014 -2016: Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Bersama Penyelesaian Pelenggan Korporat CIMB Investment Bank berhad

Jun 2010 - Disember 2013: Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng Holdings

Januari 2009 - Jun 2010: Pengarah Kumpulan Kenanga Holdings Berhad dan Investment

Mac 2007 - Disember 2008: Ketua Pegawai Eksekutif Tune Money

April 2006 - Mac 2007: Ketua Perbankan Pelaburan Citigroup Malaysia

2003 – 2006: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Avenue Capital Resources Bhd/Avenue Securities (Sekarang ECM Libra)

September 2002 - April 2003: Pengarah, "Client Coverage" CIMB Investment Bank Berhad

Mac 2001 - September 2002: Penasihat Presiden Tenaga Nasional Bhd

Julai 1999 - Mac 2001: Pengarah Credit Agricole

Mei 1997 - Ogos 1998: Penganalisi Pelaburan Credit Agricole

Jun 1996 - April 1997: Eksekutif kewangan korporat AmInvestment Bank


Politik

Mac 2023 - 2026: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

16 Februari 2023: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

Januari 2023: Ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Kota Raja/ Ahli Jawatankuasa UMNO Kota Raja 

Julai 2022: Bendahari Barisian Nasional (BN) Selangor 

1993: Ahli UMNO


Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Board of Director (BOD)

Ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC)

Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia

Pemegang Amanah Yayasan Kepemimpanan Perdana

Ahli Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi

Presiden Kelab Perniagaan Kuala Lumpur dan menganggotai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Felo Ahli Perbankan Bertauliah Insitut Bank-Bank Bertauliah Asia/Fellow Chartered Banker dengan Asian Institute of Chartered Bankers

 

Anugerah/Pencapaian

2019: Anugerah Life at Work 2019 TalentCorp untuk kategori CEO bagi organisasi Malaysia

2017: Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik untuk Perhubungan Pelabur oleh Persatuan Pelabur Hubungan Malaysia 

2017: Ketua Pegawai Eksekutif Masterclass of the Year dalam Anugerah Kepemimpinan Global ke-7 yang dianjurkan oleh American Leadership Development Association

2009: Malaysian Business Leadership Award 

2008: Anugerah CEO ASEAN oleh Technology Business Review  

2008: Most Promising Entrepreneurship Awards daripada Enterprise Asia

2008: Anugerah Kepemimpinan Perniagaan Malaysia daripada The Leaders Magazine


Anugerah Pingat Kebesaran

Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) -  Datuk Seri (Disember 2022)

Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) - Datuk (November 2022)

Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W) - Datuk Seri Utama (2021)

Dato Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Dato' (2016)

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2015)

Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) - Dato' (2014)

Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (2009)


Sumber: Wikipedia & Gambar Instagram tzafrul_aziz

 

Senarai Penuh Kabinet Malaysia Ogos 2021


Post a Comment

0 Comments