MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian

 


Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, antara projek rentis Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang terletak di negeri Kelantan menterjemahkan sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Hari Sungai Sedunia Tahun 2020.

 

 

Denai sepanjang hampir satu kilometer ini bermula di kawasan belakang Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan melalui sekitar kawasan hutan bakau di sekitar Min House Camp, Kubang Kerian. 

 


 

Bagi mereka yang cintakan alam semulajadi pastinya memberikan ketenangan jiwa melihat keindahan alam semulajadi, kicauan burung, melihat pergerakan air sungai, melihat hutan yang menghijau disamping bersiar-siar di atas jeti/jambatan yang diperbuat dari kayu dan disokong oleh nibong seolah-olah terapung di atas permukaan sungai.

 

Kini Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian menjadi salah satu tarikan destinasi pelancongan dan menggalakkan aktiviti memancing, berbasikal, berkelah, berjoging secara langsung menyumbang kepada ekonomi pelancongan setempat.

 

Kridet: KASA

Post a Comment

0 Comments