MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Al- Fatihah Buat Hjh Saniah Bt Hj Arshad



Setelah 241 hari mereka tal berjumpa, akhirnya mereka berjumpa kembali tapi dalam situasi yang berbeza😭😭😭.


kali terakhir mak jumpa ayah pada 17 Mac 2020 - Selasa- masa tu aku hantar ayah untuk kuarantin kat Singapura, memandangkan Ayah warganegara Singapura.


Mak bye2 Ayah kat balcony, dengan menyimpan harapan untuk berjumpa kembali selepas 2 minggu kuarantin di jalankan, dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, mak terus berharap untuk Ayah pulang😭.


Ayah pun dekat Singapura & kami di sini berusha pelbagai cara untuk Ayah dapat pulang jumpa Mak, tapi keputusannya mengecewakan kami 😭😭.


Setiap kali video call, Mak mesti akan menangis & tanye bila Ayah boleh balik😭.


Setiap kali tu kami akan pujuk Mak, suruh bersabar & doa banyak2. Sampai lah di hujung2 hayat Mak, bila video call, Mak dah tak tanye lagi bile Ayah nak balik😭😭. Tapi Mak cakap "Ani akan tunggu Abg balik" ayat tu sedikit melegakan Ayah, Ayah cakap kat aku dengan harapan mudah2an tahun baru nanti mereka akan tukar prosedur, dengan memberi pelepasan pada orang2 macam Ayah untuk pulang jumpe Mak.


Ayah cakap Ayah tak dapat balik Singapura lagi sampai bile2 pun xpe. Ayah nak jaga Mak😔😭kami tak sangka Mak akan pegi secepat ni, sebab Mak takda sakit tenat, makin Mak tak nak susahkan semua orang.😭😭


Alhamdullillah Mak pergi dengan tenang, di hari Jumaat, di hari yang dia selalu idam2kan. Rindu antara mereka sangat2 mendalam, aku sendiri tak pasti aku akan dapat lalui situasi macam mereka😭. Ayah sangat2 tenang, dalam hati Ayah hanya Allah je yang tahu 😭😭 Tapi airmata Ayah gugur bila memeluk aku, cucu2 & melihat jasad Mak😭😭😭.


Ayah kuat sebab Ayah nak anak2 dia sekuat dia & terima takdir Allah. Tapi Ayah.. Anak2 Ayah x skuat Ayah😭😭😭😭😭smlm slepas pengebumian Mak, Ayah trus di bawa kuarantin utk 2 minggu,aku x dpt bayangkan keadaan Ayah&Adik aku yg masih di kuarantin di Spore😭😭smoga mereka trus kuat&tabah😭smoga ALLAH anugerahkan mereka kekuatan yg luar biase.


Cinta,Kasih&Sayang Mak&Ayah sgt2 luar biase... Smoga kami akan bjumpe  Mak smule di Syurga.. Kami Syg Mak sampai Syurga


AL-FATIHAH🤲

13 November 2020 - JUMAAT-

Hjh Saniah Bt Hj Arshad



Kredit Facebook : Nija tahar


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون


أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ 


“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”


Aamiin ya Allah..


Salam Takziah..buat ahli keluarga Allahyarhamah.



Post a Comment

0 Comments