MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doakan Neelofa Istiqamah Berniqab

 



بسم الله الرحمن الرحيم


NOOR NEELOFA MOHD NOOR


Seorang wanita yang sangat dikagumi oleh seluruh warga Naelofar 🤍 Masya Allah, perubahan ini merupakan satu kayu pengukur yang boleh dijadikan teladan bagi seluruh umat Islam baik kaum Adam mahupun kaum Hawa.


Sesungguhnya Allah Maha Agung, Maha Kaya, Maha Bijaksana dan Maha Peyayang. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan satu bentuk rezeki serta hidayah yang sangat besar buatmu @neelofa


Rezeki yang menjadi dambaan setiap manusia diluar sana dalam mengejar redha Allah. Semoga Allah tetapkan iman dan taqwa anda agar terus berpegang teguh dengan niat berniqab ini.


Kami juga mendoakan agar perubahan ini dapat membuka mata lebih ramai orang untuk mendalami ilmu agama Islam yang secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Yang Maha Esa. 


Semoga Allah melembutkan hati kita semua agar terus belajar serta memahami agama yang indah ini. Ingatlah bahawa yang dikejar adalah redha Allah. Berusahalah untuk menjadi insan yang lebih baik. Semoga Allah merahmati kita semua. Aamiin 🤍


Terima kasih Neelofa. Satu inspirasi yang luar biasa.


Ikhlas, Naelofar Publika


Kredit: @naelofar.publika


Berkaitan: Nasihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Kepada Neelofa

Post a Comment

0 Comments