MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Prof Dato’ Ir. Dr Mohd Hamdi Abd Shukor

 


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan Prof Dato’ Ir. Dr Mohd Hamdi Abd Shukor sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) baharu, berkuat kuasa 1 Nov ini hingga 31 Oktober 2023.

Prof Dato’ Ir. Dr Mohd Hamdi Abd Shukor menggantikan Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim.

Pelantikan ini dibuat selepas Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam bersidang dan membuat penilaian terhadap calon-calon pada 5 Oktober 2020.

Secara umumnya Prof Dato’ Ir. Dr Mohd Hamdi Abd Shukor mempunyai pengalaman, perkhidmatan dan memberikan sumbangan yang luas dalam negara khususnya bidang pendidikan. Berikut dikongsikan secara ringkas biodata Prof Dato’ Ir. Dr Mohd Hamdi Abd Shukor.

 

Biodata

Nama: Prof Dato’ Ir. Dr Mohd Hamdi Abd Shukor

Tarikh Lahir: Tahun 1971

Tempat Lahir: Muar, Johor

 

Pendidikan

2003 - Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Doctor of Engineering on Thin Film Coating for Biomedical Applications Kyoto University, Jepun.

1996 - Master of Science in Advanced Manufacturing Technology and System Management University of Manchester Institute Science and Technology, United Kingdom

1994 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) Imperial College, London, England


Kerjaya/Perkhidmatan

1 November 2020: Naib Canselor Universiti Malaya (UM)

1 Januari 2019 - 31 Oktober 2020: Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2011 – 2014: Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaya (UM)

Oktober 2010 – Mendapat gelaran Profesor Penuh

2007 – Mendapat gelaran Profesor Madya

Pensyarah di Jabatan Rekabentuk & Pembuatan Kejuruteraan UM

1994 – Tutor di UM

 

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Badan Profesional

2018 - 2018: Pemeriksa Luar, Universiti Sains Malaysia (Universiti)

2018 - 2018: Pengerusi Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Mekanikal dan Reka Bentuk 2018 (ICMED 2018), (Antarabangsa)

2018 - 2018: Pemeriksa Luar, Universiti Nelson Mandela (Antarabangsa)

2018 - 2018: Fellowship, Rowland Institute (Antarabangsa)

2018 - 2018: Lembaga Pengarang Jurnal Penyelidikan Komputasi & Gunaan dalam Kejuruteraan Mekanikal (JCARME) (Antarabangsa)

2018 – 2018: Pemeriksa Luar, Universiti Teknologi Malaysia (Universiti)

2018 – 2018: Pemeriksa Luar, Universiti Putra Malaysia (Universiti)

2018 – 2018: Anggota Editorial Jurnal Antarabangsa Penyelidikan Kejuruteraan Mekanikal dan Robotik. IJMERR (Antarabangsa)

2018 - 2018: Anggota Editorial, Pengukuran (Antarabangsa)

 

Anugerah

Januari 2020 – Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS)

September 2019: Johan Mangku Negara (JMN)

 

Sumber: UM,& Akhbar tempatan

Post a Comment

0 Comments