MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Larangan Memukul Anak Kecil Yang Sedang Menangis

 



LARANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS


Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu memukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah dan ibu nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )


Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah dan ibu nya.


Rasulullah SAW Bersabda: Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya.


Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)


Subhanallah...


Begitu indahnya syariat islam, sehingga apapun yang dilarang adalah tanda cinta ALLAH untuk manusia.


Sabda Rasulullah SAW ;

"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada." (HR. Muslim)


Kridet: Jentikhati


Post a Comment

0 Comments