MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Keistimewaan Hari Jumaat

 


❤️ Jumaat ialah hari terbaik.


❤️ Allah menciptakan Nabi Adam AS pada hari Jumaat.


❤️ Allah memasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga pada hari Jumaat.


❤️ Allah juga mengeluarkan Nabi Adam AS dari syurga pada hari Jumaat selepas peristiwa memakan buah khuldi.


❤️ Terdapat satu waktu mustajab doa sepanjang hari Jumaat.


So, apa yang kita boleh buat pada hari Jumaat untuk merebut kelebihannya?


✅ Bangun awal pagi dan mandi sunat hari Jumaat.


✅ Solat sunat tahajjud.


✅ Solat sunat 2 rakaat selepas masuk waktu Subuh.


✅ Solat Subuh secara berjemaah bagi orang lelaki dan di awal waktu bagi wanita.


✅ Membaca mana-mana ayat Al-Quran atau surah-surah tertentu seperti Al-Kahfi dan sebagainya.


✅ Memotong kuku tangan dan kaki.


✅ Berwangi-wangian.


✅ Memakai pakaian berwarna putih.


✅ Berselawat kepada Nabi SAW.


✅ Bersedekah.


✅ Bercakap dan menulis yang baik-baik.


✅ Berdoa.


✅ Istighfar.


✅ Berzikir.


✅ Dan apa saja amalan-amalan soleh sebagai tanda untuk memuliakan dan mengagungkan hari Jumaat dan mengikut sunnah Nabi SAW.


Semoga ada manfaat dari tulisan saya pagi ini.


Kalau bagus, bolehlah dishare ke serata alam. Tak payah minta izin ye.


Saya berdoa agar semua yang membaca posting ini mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT.


Kredit Khairul Anuar Basri


jommuhasabahdiri


Post a Comment

0 Comments