MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Elewsmart Menyediakan Perkhidmatan FoodBank

 


Pendakwah bebas dan juga pemilik Elewsmart Ustaz Ebit Lew memaklumkan melalui Instagram ebilew menyediakan perkhidmatan FoodBank di setiap cawangan @elewsmart.




Beliau berkeinginan agar setiap cawangan  Elewsmart menyediakan perkhidmatan FoodBank. 


Bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut boleh mengambil sesuai dengan konsep " Take What You Need , Give What You Can" barangan yang disediakan buat masa ini adalah barangan keperluan asas harian seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.



Keperluan barangan tersebut disediakan secara percuma dan boleh diambil oleh setiap orang yang memerlukannya tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.



Tahniah kepada Ustaz Ebit Lew atas usaha membantu meringankan beban bagi mereka yang memerlukannya.


Kridet: ebitlew, @elewsmart


Post a Comment

0 Comments