MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Kesejahteraan Dan Keselamatan Daripada Segala Wabak Penyakit

 


" Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, ahli keluarga dan para sahabatnya.


Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala' bencana, wabak penyakit, taun, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah negeri kami ini khususnya, dan negara umat Islam amnya daripada segala bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya Dan Engkaulah yang selayaknya memberi perkenaan.


Aku berlindung dengan Allah Tuhan yang Maha Gagah Perkasa dan yang Mempunyai kekuasaan mutlak. Aku berpegang teguh kepada Allah Tuhan yang Memiliki Kerajaan yang Maha Agung dan aku berserah diri kepada Allah yang hidup dan tidak akan mati.


Ya Allah! Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala' yang datang, dengan kelembutan-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Berlemah Lembut, wahai Tuhan yang Maha Halus Pengetahuan-Nya, Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam semesta."


Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan: www.muftins.gov.my


Post a Comment

0 Comments