MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Al-Fatihah Buat Syeikh Dr Nuruddin ‘Itr

 


انا لله وانا اليه راجعون

Kewafatan Syeikh Dr Nuruddin ‘Itr


Pada hari ini (23/9/2020) kita menerima berita sedih kewafatan seorang ahli hadis dari bumi Syria iaitu Syeikh Dr Nuruddin ‘Itr.


Syeikh Dr Nuruddin ‘Itr dilahirkan di Halab, Syiria pada tahun 1937M dalam keluarga yang kuat berpegang dengan agama. Bapanya selalu membawa beliau menghadiri pengajian para ulama.


Beliau menyelesaikan pengajian peringkat menegah di Halab pada tahun 1954M, kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti al-Azhar. Beliau kemudiannya menjadi guru Pendidikan Islam di Halab pada tahun 1958M. Seterusnya, beliau menyambung pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) di Kuliah Usuluddin, pengkhususan dalam bidang tafsir dan hadis di Universiti al-Azhar pada tahun 1964M.


Antara guru-guru beliau ialah Syeikh Muhammad Raghib al-Thabbakh, Syeikh Muhammad Najib Sirajuddin, Syeikh Abdullah Sirajuddin, Syeikh Abdul Wahab Abdul Lathif, Syeikh Muhammad Muhammad al-Samahi, Syeikh Muhammad Abu Syahbah dan Syeikh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid. Manakala guru ijazah beliau pula ialah Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, Syeikh Muhammad ‘Alawi al-Maliki, Syeikh Habiburrahman al-A’zhami, Syeikh Muhammad al-Makki al-Kattani dan lain-lain.


Beliau pernah bertugas sebagai ketua bahagian Ulum al-Quran dan as-Sunnah di Kuliah Syariah di Universiti Damsyik dan Professor  bidang Hadith dan Ulum Hadith di beberapa buah universiti yang lain. 


Beliau juga telah menulis lebih daripada 50 buah buku dan banyak buku beliau dijadikan sebagai silibus pengajian di beberapa buah universiti, antaranya:


1 - Manhaj Al-Naqd Fi 'Ulum Al-Hadith.


2 - I'lam al-Anam Syarah Bulugh al-Maram Min Ahadith al-Ahkam.


3 - Lamahat Mujazah Fi Usul 'Ilal al-Hadith.


4 - Usul al-Jarh Wa al-Ta'dil Wa 'Ilm al-Rijal.


5 - Manahij al-Muhaddithin al-'Ammah.


6 - Al-Imam al-Termizi Wa al-Muwazanah Baina Jami'ihi Wa Baina al-Sahihain (Tesis PhD beliau).


7 – Tahqiq Muqaddimah Ibnu al-Solah.


8 – Tahqiq Nuzhah Al-Nazar Fi Taudih Nukhbah Al-Fikr karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani.


9 – Tahqiq Al-Rihlah Fi Thalab al-Hadith karangan al-Khatib al-Baghdadi.


Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan mendapat syafaat dan bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak. Aamiin ya Allah.


Kridet: ceramahustazustazah

Post a Comment

0 Comments