MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

10 Wasiat Imam Syafie

 


Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

 

PERTAMA:  HAK KEPADA DIRI

Iaitu: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

 

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah

 

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR

Iaitu: Membuang sifat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi

 

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati

 

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu: Menahan kemarahan , banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan

 

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

 

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepad aibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak

 

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu: Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat

 

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredahaan Allah

 

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu: Mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Kridet: Koleksi Note Ustaz Azhar Idrus & jom_dakwah



Post a Comment

0 Comments