MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (23 Julai 2020



Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (23 Julai 2020

1. Task Force Operasi Pematuhan

- 64,604 pemeriksaan telah dilaksanakan bagi memantau & menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

- 3,883 pasar raya, 5,810 restoran, 1,981 penjaja, 1,136 kilang & 1,618 pasar awam/tani telah diperiksa. Turut diperiksa, 3,938 tempat ibadah serta 1,624 tempat riadah 

- PDRM menahan 121 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP, 18 daripadanya direman & 103 dikenakan kompaun

- Task Force Operasi Pematuhan PKPP yang diketuai oleh PDRM akan mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan


2. Kawalan Sempadan Negara

- Dari 1 Mei sehingga 22 Julai 2020, seramai 2,065 PATI, 563 tekong dan 121 penyeludup telah ditahan menerusi Operasi Benteng. Juga ditahan 78 bot/kapal serta 209 kenderaan

- Semalam, PDRM telah membuat 67 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng & memeriksa 29,830 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.
 
- PDRM telah berjaya menahan 5 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen


3. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

- Operasi Sanitasi ini melibatkan 26 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 122 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT)
- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 9,341 operasi sanitasi merangkumi 134 zon
 
- Semalam, sebanyak 12 operasi sanitasi meliputi 11 Zon di 3 buah negeri termasuk Sabah (9 operasi), Perlis (2) dan Pahang (1)

- Operasi Sanitasi ini melibatkan 26 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 122 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT)


4. Kuarantin Wajib

- Dari 10 Jun sehingga 22 Julai 2020, seramai 23,457 orang telah pulang melalui KLIA. Daripada jumlah itu, sebanyak 23,378 individu telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine & 79 orang lagi telah dibawa ke hospital

- Semalam, 588 rakyat Msia telah pulang melalui KLIA & KLIA2 dari Hong Kong, Indonesia, Qatar, Singapura, Brunei, Nepal, UAE, Bangladesh & India
 
- 587 individu diperintah untuk menjalani kuarantin wajib di kediaman mereka manakala 1 individu dihantar ke hospital

- Kerajaan memandang serius insiden ketidakpatuhan SOP home quarantine yang menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 kepada ahli keluarga & masyarakat
 
- Berkuatkuasa esok sesiapa yang pulang ke Malaysia diwajibkan menjalani prosedur Kuarantin Wajib 14 hari di Stesen Kuarantin

- Sejurus tiba di pintu masuk antarabangsa termasuk pintu udara & darat, rakyat Msia akan dikenakan swab test & dihantar ke stesen kuarantin yg ditetapkan
 
- Walaubagaimanapun, peraturan saringan sebelum berlepas adalah tertakluk kpd peraturan negara asal & syarikat penerbangan

- Anak yang berumur 12 tahun ke bawah dibenarkan untuk berkongsi bilik dgn ibu bapa yg pulang dari tempat yang sama
 
- Mereka yg ingin berkongsi bilik perlu menandatangai surat persetujuan terlebih dahulu. Ini supaya mereka faham akan risiko jangkitan sekiranya berbuat demikian


-Bagi pelajar tajaan, penaja-penaja diminta untuk membayar kos kuarantin pelajar yang terlibat. Bagi pelajar dari keluarga B-40 pula, mereka boleh memohon pengecualian bayaran.
 
- Orang Kurang Upaya (OKU) juga dikecualikan daripada bayaran kos kuarantin


5. Pelitup Muka

- Mulai 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak adalah diwajibkan


- Orang ramai dibolehkan mengunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
 
- Keputusan ini mengambil kira penambahan kluster-kluster baharu yang telah dikenalpasti serta atas nasihat KKM


6. SOP Kedai Makan

 - Kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas keatas pemilik ataupun pengusaha kedai makan & restoran serta pengunjung yang gagal mematuhi peraturan dan SOP sama ada kompaun, tindakan mahkamah ataupun penutupan restoran.


Sumber: @MINDEFMalaysia



Post a Comment

0 Comments