MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Pemenang Anugerah BrandLaureate & Anugerah BrandLeadership Cemerlang 2020



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi Pengiktirafan oleh The World Brand s Foundation sebagai pemenang Anugerah  BrandLaureate & Anugerah BrandLeadership Cemerlang 2020.


Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Ketua Pengarah KKM , Datuk Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah dalam satu majlis.

Datuk Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua barisan hadapan & mereka yang telah bekerja dibelakang tabir

"Kami berada di sini bukan kerana populariti tetapi untuk melindungi rakyat," ucap @DGHisham.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi The BrandLaureate, YBhg Tan Sri Rainer Althoff kepada Dr Noor Hisham. 

Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah @DGHisham menerima anugerah The BrandLaureate Awards - Outstanding BrandLeadership Award 2020 sebagai pengiktirafan kepimpinan beliau dan cabaran dilalui untuk mendorong rakyat mendepani #COVID19 melalui pelbagai inisiatif.

Anugerah The BrandLaureate Award - Certificate of Recognition and Appreciation oleh The World Brands Foundation atas peranan membendung dan mengekang penyebaran #COVID19.


Sumber : @DGHisham & @KKMPutrajaya



Post a Comment

0 Comments