MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Cerpelai Dikesan Dijangkiti COVID-19 Dan Telah Menjangkiti Manusia



Cerpelai (Herpestidae) ialah famili kepada 33 spesies mamalia karnivor kecil dari selatan Eurasia dan tanah besar Afrika.

Cerpelai lazimnya memakan serangga, ketam, cacing tanah, biawak, ular, ayam, dan rodensia. Namun, mereka juga makan telur dan bangkai.

Cerpelai Kelabu dan yang lain sering digunakan untuk melawan dan membunuh ular berbisa, termasuk ular tedung. Cerpelai dapat melakukan ini kerana kelincahan dan kecerdikannya, dan bulu tebal. Namun ia biasanya mengelakkan tedung dan tidak berapa tertarik dengan dagingnya.


Beberapa spesies cerpelai dapat belajar helah mudah. Mereka dapat dijinakkan dan dipelihara sebagai haiwan kesayangan untuk mengawal binatang perosak. Namun, mereka dapat lebih merosakkan lebih daripada yang dikehendaki: ketika diimport ke Hindi Barat untuk membunuh tikus dan ular, mereka memusnahkan sebahagian besar fauna kecil berasaskan tanah. Atas sebab ini, adalah haram untuk mengimport sebahagian besar jenis cerpelai ke Amerika Syarikat, Australia, dan negara-negara lain. 

Cerpelai diperkenalkan ke Hawaii pada tahun 1883, dan telah mempunyai pengaruh negatif ketara terhadap spesies asli.

Bulu Cerpelai juga digunakan untuk membuat bulu mata palsu, tidak hairan kenapa haiwan ini dipelihara diladang-ladang di Eropa.

Baru - baru ini Cerpelai dikesan dijangkiti COVID-19 dan telah menjangkiti 2 orang individu akandi Belanda. Berikutan kes jangkitan oleh Cerpelai Belanda mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit akan memusnahkan/membunuh Cerpelai melibatkan dalam jumlah ribuan mungkin juga jutaan www.bharian.com.my. , www.bbc.co.uk

Sumber: Wikipedia Internet

Admin tengok Cerpelai ni comel pulak...pasti ada hikmah atas semua ini 


Post a Comment

0 Comments