MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Produk Kuetiau dan Mee Jenama Jumbo



Penjelasan Isu Status Halal Produk Kuetiau dan Mee Jenama Jumbo

Untuk makluman, produk kuetiau dan mee jenama Jumbo keluaran syarikat Kepala Batas Bihun Sdn. Bhd. (formerly known as Junhub Enterprise Sdn. Bhd. merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Selain itu, syarikat terbabit telah memperolehi pensijilan MeSTI dari Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia. Syarikat juga turut diaudit dan dipantau oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). 

Berdasarkan maklum balas terkini yang diberikan oleh pihak JHEAIPP mendapati ia masih mematuhi serta komited dengan prosedur pensijilan halal Malaysia.

Perlu diketahui, premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini. 

Justeru, pengguna  dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal.

Sekiranya pengguna ingin mengajukan aduan berkaitan penyalahgunaan logo atau ungkapan halal, boleh rujuk prosedur dan perinciannya di:-

http://bit.ly/ProsedurAduanHalal

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Sumber: 

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
pr_halal.islam@1govuc.gov.my
03-8892 5000/1
18 Syaaban 1441 H
13 April 2020 M

Post a Comment

0 Comments