MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Asal Usul Nama Beberapa Daerah Di Sabah




1. Menggatal


Nama ‘Menggatal’ diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan yang buahnya apabila dimakan boleh menyebabkan kegatalan. Tempat itu kemudian disebut “Mangga Gatal”, namun lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi “Menggatal”. 


2. Tawau


Nama Tawau sendiri adalah berasal dari perkataan “Tawai” iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan. Tawau ini dahulu merupakan perkampungan Nelayan. 

Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan ‘Tawao” mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu.


3. Penampang



Nama “Penampang” diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas. 

Ia berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud “batu besar”. Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan “Pampang” bertukar menjadi Penampang.


4. Putatan 


Putatan mendapat namanya daripada sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh dengan banyak di sekitar daerah Putatan.

Berdasarkan cerita lisan, Putatan adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai ‘Putat Town’ oleh penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Namun di kalangan penduduk tempatan, ‘Putat Town’ dikenali sebagai Putatan atas sebab sebutan dalam dialek tempatan hinggalah ke hari ini.


5. Papar 




Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Jadi, asal usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata. 


6. Tuaran 


Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan Melayu iaitu tawaran . Maksudnya ialah ‘jualan’ atau ‘tawar’ atau ‘diskaun’ atau ‘promosi’. 

Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke sini untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.


7. Kota Belud 


Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Banjau iaitu “kota”. Maksudnya ialah kubu pertahanan manakala “belud” pula bermaksud bukit. Jadi,Kota Belud ini dirujuk sebagai “Kubu Pertahanan di atas Bukit”.


8. Ranau 


Asal-usul nama Ranau dipercayai berasal dari perkataan Ranahon. Perkataan Ranahon ini membawa maksud kawasan sawah padi dalam bahasa Kadazan Dusun.

Masyarakat Kadazan Dusun yang tinggal di daerah Ranau ini cukup dikenali dengan menjalankan aktiviti menanam padi huma atau padi bukit. Hal ini adalah kerana ia amat bersesuaian dengan bentuk muka bumi di kawasan Ranau yang berbukit-bukau.

Buat mereka yang tinggal di kawasan lembah Ranau, mereka lebih kepada menguasahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan disebut sebagai Ranahon. Perkataan Ranahon ini akhirnya telah disingkatkan dan dipendekkan menjadi Ranau.


9. Telupid 


Pada suatu ketika dahulu, di sepanjang Sungai Telupid terdapat sejenis pokok yang tumbuh dengan banyaknya yang dipanggil Tapid-Apid dalam bahasa penduduk tempatan dari suku kaum Dusun di Telupid pada ketika itu.

Pokok tersebut digunakan oleh penduduk tempatan untuk keperluan harian mereka samada untuk tujuan aktiviti pertanian mahupun nelayan.

Memandangkan pokok tersebut begitu dominan dalam kehidupan mereka; mudah diperolehi dan memudahkan aktiviti kehidupan harian mereka maka penduduk Daerah Telupid telah menamakan daerah ini mengambil sempena nama pokok tersebut dengan nama TELUPID.


10. Kudat 


Pekan Kudat pada tahun 1890
Kaum Rungus merupakan penduduk asal Kudat sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Kudat dipanggil sebagai “tonjung Berungus” atau disebut juga sebagai Tambarungus. 

Mengikut cerita yang diceritakan oleh kaum Rungus, terdapat beberapa orang peniaga Cina yang datang ke Tanjung Berungas. Ketika itu, Kudat dipenuhi oleh rumput lalang, peniaga cina yang hairan melihat rumput-rumpat yang tumbuh di merata-rata.

Peniaga cina bertanya tentang rumput tersebut kepada penduduk yang ketika itu terdiri daripada kaum Rungus  memberitahu mereka bahawa rumput itu berlama “Kutad” yang membawa maksud “Rumput Lalang” dalam bahasa Rungus.

Peniaga Cina yang tidak dapat menyebut perkataan “kutad” kerana pelat telah menyebutnya sebagai Kudat.

Namun begitu, menurut cerita lisan yang diceritakan oleh penduduk tempatan, nama Kudat berasal dari satu peristiwa yang berlaku pada 100 tahun yang lalu.

Dikatakan pada suatu malam, semasa penduduk di pinggir laut sedang tidur, mereka dikejutkan dengan bunyi yang kuat dari hon sebuah kapal “Santi” yang menyebabkan mereka menjerit “takuddat aku” sambil berlari.

Seterusnya perkataan ‘takuddat’ dipendekkan dan menjadi ‘Kudat’, dan perkataan ini dikekalkan menjadi nama bagi tempat ini.


Beaufort 


Nama Beaufort diambil sempena memperingati seoarng gabenor bernama Leicester P. beaufort yang telah mentadbir Sabah antara tahun 1896 hingga 1900. Sebelum ini, daerah ini dinamakan Padas bersempena dengan nama sungai Padas yang mengalir di Daerah ini.


Kuala Penyu


Lagenda sebiji batu berbentuk seekor mamalia yang menyerupai penyu kini dipercayai masih wujud terbenam di Kuala Sungai Tasik Sitompok yang membawa nama asal dengan sebutan "Sitompok" telah melahirkan nama sebuah daerah hingga ke hari ini sebagai daerah Kuala Penyu


Menumbok


Mengikut sejarah dan cerita dari nenek moyang, nama Menumbok ini telah diambil bersempena dengan nama sejenis ikan pada masa dahulu iaitu nama Ikan Menumbuk

Keningau


Keningau ini dahulunya adalah merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di kawasan pedalaman Sabah yang mana hari ini telah pun berkembang maju dan menjadi bandar tumpuan orang ramai.

Mengikut cerita orang lama, kawasan Keningau ini dahulunya merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi oleh pokok kayu Manis atau lebih dikenali sebagai Pokok Keningau.

Dalam bahasa kaum Murut, mereka menyebutnya sebagai Kayu Keningau iaitu sejenis rempah ada digunakan untuk memasak. Kedatangan orang Inggeris ke kawasan tersebut turut menjadikan menjadikan kulit kayu Keningau sebagai salah satu barang dagangan mereka.

Oleh yang demikian, secara tidak langsung kawasan tersebut menjadi antara pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu.

Asalnya, Keningau ini adalah merupakan sebahagian daripada wilayah Brunei semasa pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu yang mana ia berlaku dalam sekitar tahun 1860.

Pada waktu itu, Keningau adalah merupakan antara pusat perdagangan rempah ratus yang terbesar di wilayah Brunei.

Disebabkan laluan perdagangan Selat Melaka dari seluruh pelosok dunia, persisiran pantai barat Jesselton (Kota Kinabalu) menjadi tempat strategik...

...selepas tumpasnya pangkalan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBCC) di Pulau Gaya oleh Mat Salleh dan orang Bajau dan kemusnahan bandar Sandakan pada masa itu.


Semporna 


Tong Talun’ adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang bererti “Hujung Hutan” dalam istilah Suku Kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang.

Ini kerana pada ketika itu daerah Semporna diliputi/diselubungi oleh hutan belantara di awal penemuannya. Kemudian, Tong Talun telah ditukar dengan nama SEMPORNA yang membawa pengertian “Tempat Yang Aman atau Damai” sehinggalah sekarang.


Lahad Datu


Perkataan Lahad Datu berasal dari bahasa Bajau, iaitu “Lahad” bererti tempat dan “Datu” membawa makna orang-orang kenamaan pada zaman dahulu.

Tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan Datu-datu dari kerajaan Suluk yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Suluk.


Tambunan


Pada zaman dahulu kawasan Tambunan hanya di penuhi oleh hutan hujan tropika. Hutan di situ penuh dengan pelbagai jenis haiwan, daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar Borneo.Tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya.

Namun demikian beberapa lama kemudian peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa orang daripada mereka menetap di Tambunan. Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu dipimpin oleh Gombunan.

Beliau seorang pahlawan dari kalangan puak Nunukragang, di samping juga seorang pemimpin yang berkebolehandan baik hati. Beliau mula meneroka dataran Tambunan yang subur disamping pengikutnya termasuk isteri dan anak mereka.

Mereka menanam tanaman seperti padi huma, jagung ubi kayu, labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum wanita. Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan memburu binatang liar daripada tupai hingga babi hutan dan rusa.

Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap orang pada ketika itu. Dan setiap orang akan gembira dan berpuas hati. Apabila bilangan penduduk bertambah, lebih banyak kawasan telah di bersihkan untuk menanam.

Penduduk kampung itu mengelarkan diri mereka orang dataran (oleh kerana mereka tinggal di dataran Tambunan) menjadi bertambah maju dan aman damai dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan.

Tetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit-bukau datang di sebelah timur menyerang orang dataran. Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung itu.

Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya menghalau mereka dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk. Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan.

Kejadian itu berlaku pada satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya. Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan.

Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan kematian ketua orang dataran. Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian ketua mereka.

Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormatinya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya. Sebagai mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka tiu GOMBUNAN .

Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit-bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran. Mereka adalah puak Tamadon. Orang Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan.

Mereka bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat-laun puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon. Oleh itu sebagai langkah mengelakan sebarang serangan yang mengejutkan daripada puak Tonsundung, puak Tamadon pun bergabung dengan puak Gombunan.

Pada masa yang sama puak Tonsudung juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan. Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon.

Sampai sahaja masanya puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka, maka terperanjatlah mereka bahawa bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai. Walaupun begitu pertempuran darah yang dashyat berlaku juga, lebih setengah bilangan puak Tonsundung telah terbunuh.

Pahlawan yang terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur untuk beberapa lama tidak kelihatan dibanding dengan mereka jumlah yang mengalami kecederaan hanya sedikit.

Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka dengan mengadakan pesta besar besaran, makanan dan minuman tapai di hidangkan dengan banyaknya. Kemuncak upacara itu ialah menamakan semulah penempatan dari Gombunan ke Tambunan.

Selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua pihak. TAM diambil dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang.


Beluran 


Beluran dahulunya adalah lebih dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut dan dicatatkan telah wujud sejak awal Pentadbiran British North Borneo Charterd Company, ia juga dinyatakan sebagai antara Daerah yang terawal di Negeri Sabah.

Nama bagi Beluran diambil sempena nama bukit yang menjadi “Land Mark” pekan tersebut, iaitu dalam bahasa Dusun Labuk, Sungai dan Tidong disebut “Buludan”.

Pertukaran nama terjadi akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh warga Inggris yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan Buludan bertukar kepada Beluran dan kekal sehingga kini.

Buludan adalah kata dalam bahasa Dusun yang diberi penambahan “an” dihujung kata “bulud” penambahan kata “an” kepada Buludan tersebut adalah bagi menggambarkan makna kata tersebut sebagai ‘hanya dapat sampai dengan berjalan kaki bertongkatkan tulang betis‘.

Perkataan “bulud” adalah merupakan kata dasar kepada perkataan “Buludan”. “Bulud” adalah kata nama di bahagian kaki manusia mahupun binatang atau dalam bahasa Dusun Talantang bermaksud tulang betis, perkataan ini adalah yang menterjemahkan kata nama “betis” dalam bahasa Melayu.

Jadi secara mudahnya kata “Buludan” ini dapatlah di seertikan sebagai “MEMBETIS” dalam bahasa Melayu atau dalam konteks pemaknaan dalam bahasa Dusun Sugut adalah “Hanya dapat sampai dengan berjalan kaki bertongkatkan tulang betis”.


Kridet: Mat Hades @hadesmelayu, Sabah Best of Borneo dan Google Imej


Post a Comment

1 Comments

  1. Sandakan tidak di senaraikan kerana Pemilik blog ini rasis dan benci org Suluk HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete