MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Perkara Yang Anda Harus Tahu Apabila Terlibat Dalam Kemalangan




Sekiranya kereta anda disondol dari belakang, anda tak perlu nak bertekak di tengah jalan jauh sekali tunggu pihak berkuasa datang.

Cukup 10 RT admin kongsikan apa yang perlu anda buat, dan anda boleh terus alihkan kereta ke tepi dan pastikan trafik lancar. 

Ramai yang terlibat dalam kemalangan kecil macamni,

Selalunya memilih untuk tidak alihkan kereta dan terus menyebabkan masalah trafik.

Kononnya, tak boleh claim insurans selagi polis / valuer insurans x sampai. 

Ini adalah mitos!


Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan :

1. Kenalpasti situasi & Hidupkan Lampu Kecemasan

Kenalpasti kecederaan diri / penumpang. Lihat persekitaran sama ada kita dalam posisi yang bahaya. 

Terutama sekali jika kemalangan berlaku di waktu malam.

Sekiranya anda di atas highway yang sunyi di waktu malam, segera alihkan kenderaan ke laluan kecemasan.

Ada kemungkinan kereta belakang anda memecut laju dan gagal brek sekiranya anda di tengah jalan.

Sekiranya selamat, teruskan langkah ke 2.

2. Ambil Gambar Kereta Yang Melanggar Anda

Paling penting, anda perlukan nombor plate kereta pesalah untuk tuntutan insurans dari keretanya.

Lebih baik, sekiranya anda ambil gambar roadtax di cermin keretanya. Boleh minta pesalah untuk alihkan kereta ke tepi untuk berbincang.


3. Bergaduh = Buang Masa

Kereta anda tidak akan dapat dibaiki dengan pergaduhan.

Ajak pesalah untuk ke balai polis dan report polis.

Tapi kalau pesalah enggan ke balai polis dan ajak settle tepi? Macam mana?

4. Semak sama ada roadtax pesalah masih aktif.

Kemungkinan pesalah yang ajak 'settle tepi', sama ada mereka malas nak melalui prosedur polis atau mereka takut kerana roadtax tak hidup.

Untuk kes roadtax mati, anda perlu lakukan tuntutan melalui mahkamah.


Pastikan anda dapatkan maklumat peribadi pesalah, sebaiknya gambar IC pesalah.

Tuntutan mahkamah prosesnya panjang. Sekiranya anda nak terima 'deal tepi', pastikan nilainya berbaloi.

5. Report Tetap Report (Dalam 24 Jam)

Sesetengah kesilapan pemandu, bila pesalah bayar pampasan secara cash, mereka terus anggap ianya selesai.

Beberapa hari selepas tu, tiba tiba pihak polis call. Pesalah dakwa pula kita yang langgar lari.

Dah pening kepala.


Disinilah cover report tu penting. Untuk mengatakan yang kita di pihak yang benar.

Dan untuk kemalangan, report perlu dibuat dalam 24 jam ya. Jangan tangguh.

6. Cari Bengkel Panel Insurans

Bengkel yang akan lakukan urusan tuntutan dari A-Z berbekalkan report polis yang anda buat. 

Cari bengkel yang berpengalaman untuk elakkan kereta anda terkandas di bengkel terlalu lama.

7. Anda Tuntut Insurans Pesalah, Bukan Insurans Anda

Selagi anda didapati tidak bersalah, anda akan melakukan tuntutan insurans ke atas kereta pesalah. 

Jadi, NCD anda tidak akan terjejas. Jangan risau.


Sumber: CARPUT Twitter dan Gambar Pinterest












Post a Comment

0 Comments