MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Antara Garis Panduan Perlindungan Data Peribadi Bagi Pengendali Premis Perniagaan Yang Telah Dibenarkan Beroperasi Semasa PKPB


Antara Garis Panduan Perlindungan Data Peribadi bagi pengendali premis perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:-

1. Catatkan hanya Nama, Nombor Telefon yang boleh dihubungi  serta tarikh dan masa kehadiran pengunjung/ pelanggan untuk direkodkan bagi tujuan pengesanan kontak.

Kaedah pengumpulan maklumat ini adalah tertakluk kepada premis perniagaan sama ada ianya direkodkan secara manual atau digital.

Maklumat yang dikumpulkan oleh premis perniagaan yang melibatkan data peribadi dikawal selia di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

2. Satu paparan notis di tempat yang mudah dilihat dan jelas sebagai makluman kepada pengunjung/ pelanggan mengenai tujuan pengumpulan data peribadi.

Cadangan bagi notis yang boleh digunakan sebagai panduan oleh premis perniagaan dalam dwibahasa adalah seperti di Lampiran A. 



3. Semua premis perniagaan wajib patuh kepada Prinsip Perlindungan Data Peribadi sewajarnya iaitu:
 
a) Kumpul data peribadi yang dibenarkan sahaja dan tidak berlebihan. 
- Pengumpulan data peribadi secara manual, ianya mesti direkodkan oleh kakitangan premis perniagaan 



tersebut bagi mengelakkan penzahiran data peribadi tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja. Selain itu, dokumen fizikal yang digunakan semasa pelaksanaan PKPB mestilah merupakan satu dokumen yang khusus bagi tujuan ini.

Format yang boleh diguna pakai oleh premis perniagaan bagi pengumpulan data peribadi secara manual seperti di Lampiran B. Manakala, bagi pengumpulan data peribadi yang dibuat secara digital, premis perniagaan perlu memastikan hanya data-data peribadi yang berkenaan sahaja direkod.



b) Dilarang ubah dan menyalahgunakan data peribadi pelanggan/ pengunjung serta ianya tidak boleh digunakan bagi tujuan yang lain (pemasaran dan sebagainya). 

c) Dilarang kongsi dan dedahkan maklumat data peribadi pelanggan/ pengunjung selain kepada pihak berkuasa.

d) Had masa penyimpanan data peribadi yang dikumpulkan adalah sehingga selepas 6 bulan PKPB ditamatkan dan mesti dimusnahkan dan dipadamkan secara kekal.

Segera laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kejadian kebocoran data peribadi.

Sumber: Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

#JomAmbilPeduli
#LindungiDataPeribadi


Post a Comment

0 Comments