MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (17 April 2020)


Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (17 April 2020)

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 813 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 557,699 kenderaan

2. Sebanyak 57,344 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 5,220 premis telah diperiksa

3. 1,057 individu telan ditahan kerana ingkar PKP merangkumi 906 direman dan 151 dijamin polis

4. 622 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP

5. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 16 April 2020 adalah sebanyak 12,074 individu

6. Tangkapan sepanjang PKP dibuat mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

7. #PKP: Polis mempunyai kuasa untuk ambil tindakan dan menahan mereka yang ingkar PKP

8. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 2,284 operasi sanitasi di 102 zon termasuk di 27 Zon Merah

- Semalam, sebanyak 196 operasi sanitasi meliputi 70 zon di 14 negeri, termasuk 41 kawasan di Johor dan 21 kawasan di Kelantan

- 129 bangunan kerajaan, 87 tempat awam, 64 pusat perniagaan dan 15 pasar raya telah disanitasi

9. Setakat 16 April 2020, sebanyak 185 Pusat Kuarantin telah beroperasi dan 16,391 individu dikuarantin wajib

10. 766 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam dan dikuarantin wajib

11. Bazar Ramadan

- Sepanjang bulan Ramadan dalam tempoh PKP, pesanan makanan melalui 41 syarikat yang menyediakan perkhidmatan E-Hailing sedia ada, termasuk rider restoran makanan segera boleh beroperasi seperti biasa

- Syarikat E-Hailing perlu memastikan setiap pekerja mereka menjalani saringan kesihatan

-  Bagi kawasan luar bandar yang mana 41 syarikat E-Hailing tidak beroperasi, pengusaha makanan boleh mengunakan khidmat penghantaran (delivery service) syarikat lain ataupun individu

- Penghantar makanan (rider) perlu berdaftar dgn Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan perlu menjalani saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan atau klinik swasta

12. Pembukaan gerai-gerai atau bazar Ramadan secara berkelompok adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh PKP


Sumber : @MINDEFMalaysia



Post a Comment

0 Comments