MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Yang Paling Afdhal Di Bulan Ramadhan



Pesan Dato Seri Dr Mufti Wilayah Persekutuan

Sebaiknya 30 min sebelum berbuka puasa:

Pesan seluruh ahli keluarga kita untuk sudah bersiap sedia  membersihkan diri, berwuduk dan berpakaian kemas, berkumpul bersama kita:

1. 10 min pertama, 
     Baca kitab 40 hadith atau selainnya
2. 10 min ke2, Zikrullah
3. 10 min ke3, Doa
(Apa saja / Utk setiap ahli keluarga / sesiapa)

Sehingga tiba waktu berbuka.

Berbuka sekadarnya saja dahulu, terus tunaikan solat maghrib berjemaah

Ibu2 hebat tercinta; siapkanlah JUADAH berbuka lebih awal dan tinggalkanlah dapur menjelang waktu berbuka.

Pilihlah yang jauh lebih bermanfaat (Ilmu, Zikrullah, Doa yang tidak ditolak)

Doa untuk seluruh ahli keluarga tercinta / yang tersayang pada Ramadhan tahun ini In sha Allah.

Boleh juga jika kita lakukan semua ini sewaktu mengadap hidangan utk berbuka.

Berhenti menyibukkan diri dg urusan di dapur, sebaliknya peruntukkan masa utk merebut peluang berdoa di waktu mustajab doa ini.

Nampak sukar tapi tidak mustahil. Lama kelamaan, ia akan menjadi satu kebiasaan yg janggal utk kita tinggalkan.

Sama2 mohon kekuatan dari Allah untuk berusaha semampunya dan istiqomah demi mendapatkan Ramadhan Terbaik tahun ini.
In sha Allah

Bersama kita cuba sedaya upaya utk berubah ke arah yg lebih baik... Kalau tak mampu setengah jam...mungkin boleh bermula dgn 10  atau hatta 5 minit dulu sebelum berbuka. Betapa waktu sebelum berbuka ini amat mustajab doanya. Justeru, jom kita berusaha seupaya mungkin utk merebut tawaran dr Allah; rugilah jika sebaliknya.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Ingat mengingati sesama kita


DOA YANG PALING AFDHAL DI BULAN RAMADHAN

Doa yang sering kita baca di bulan Ramadhan dan semakin diperbanyakkan di sepuluh Ramadhan yang terakhir adalah doa :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu 'anni

''Ya Allah sesungguhnya engkau maha pengampun dan suka memberi keampunan maka ampunilah aku.''

Doa ini merupakan wasiat daripada Nabi Muhammad (selawat) kepada isteri baginda Sayyidatina Aisyah jikalau beliau bertemu Lailatul Qadar.

Antara faedah dan hikmah yang dapat kita fahami daripada doa ini ialah:-

1. Penyebutan secara khusus nama Allah swt العفو (Yang Maha Pengampun) dalam doa ini merupakan isyarat bahawa malam lailatul qadar ialah malam yang akan diampunkan segala dosa dosa.

2. Juga pada doa ini terkandung pengiktirafan diri hamba yang lemah yang telah melakukan dosa kepada Tuhan yang maha agung. Dengan mengakui kesilapan dan kekurangan ini menjadikan hamba itu merendah diri memohon keampunan dari Allah SWT.

3. Seterusnya pada lafaz تُحِبُّ الْعَفْوَ (engkau suka memberi keampunan) merupakan sebuah husnuzzan (sangka baik) kepada Allah. Maka baginda menyuruh agar hati orang orang beriman ini bersangka baik dan berharap kepada pengampunNya walaupun sebesar mana dosa yang dilakukan.  

4. Penekanan kepada doa ini oleh Nabi (selawat) merupakan penzahiran kefakiran dan kerendahan diri seorang hamba kepada TuhanNya dan kebergantungan yang sentiasa kepada rahmatNya.

5. Seterusnya kita perhatikan kepada lafaz العفو bermaksud keampunan. Di sana terdapat satu lagi perkataan yang juga membawa maksud keampunan iaitu المَغفِره. Tetapi dalam doa ini kenapa digunakan perkataan العفو tidak المَغفِره?

6. Kalimah المَغفِره bermakna pengampunan tetapi dosa tersebut masih lagi tertulis di buku catatan amal.

7. Manakala العفو bermakna pengampunan yang disertai penghapusan dari buku catatan amal dan menjadikan seolah olah dosa tersebut seperti tidak pernah wujud!

وقال محمد منير الدمشقي في الإتحافات السنية : العفو في حق الله تعالى عبارة عن إزالة آثار الذنوب بالكلية فيمحوها من ديوان الكرام الكاتبين، ولا يطالبه بها يوم القيامة، وينسيها من قلوبهم، لئلا يخجلوا عند تذكيرها، ويثبت مكان كل سيئة حسنة، والعفو أبلغ من المغفرة، لأن الغفران يشعر بالستر، والعفو يشعر بالمحو، والمحو أبلغ من الستر.

Berkata Sheikh Muhammad Munir Ad-Dimasyqi dalam kitab Al-Ithafat Al-Saniah :

'' Al-Af'wu العفو di sisi Allah SWT adalah menghilangkan kesan dosa secara keseluruhan dan menghapuskannya dari catatan para malaikat pencatat dan tidak bertanyakannya di hari akhirat dan melupakannya dari hati hati mereka agar mereka tidak merasa malu ketika peringatannya di hari akhirat dan agar digantikan setiap kesalahan dengan kebaikan. 

Seterusnya Al-af'wu العفو lebih mendalam maknanya daripada al-maghfirah المغفرة kerana al-maghfirah difahami dengan makna penutupan manakala al-af'wu difahami dengan makna penghapusan. 

Sesungguhnya penghapusan dosa itu adalah lebih besar daripada penutupannya.''

Allahuakbar.

8. Apakah lagi perkara yang lebih baik daripada diampunkan dosa serta dipadamkan rekod dari buku catatan amal. Sehingga apabila menghadap Allah di hari akhirat kelak tidak disebut dosa dosa tersebut dihadapanNya dan dihadapan makhluk makhluknya yang lain?

9. Maka ini adalah antara hikmah kenapa Nabi Muhammad SAW, mewasiatkan kepada kita agar memperbanyakkan menyebut doa ini sepanjang bulan Ramadan khususnya di 10 hari yang terakhir. 

Wallahua'alam.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Sumber : WhatsApp 

Post a Comment

0 Comments