MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kesan Penurunan OPR Dari 2.75 Peratus kepada 2.50 Peratus



Baru -baru ini Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus. Dengan itu, kadar koridor tertinggi dan terendah bagi OPR masing-masing diturunkan kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus. 

Keadaan ekonomi global telah merosot dalam tempoh kebelakangan ini. Wabak COVID-19 yang sedang menular telah mengganggu aktiviti pengeluaran dan aktiviti yang berkaitan dengan perjalanan, terutamanya di rantau ini

Penurunan OPR ini memberikan peluang kepada pengguna yang bijak dalam menguruskan kewangan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan.

Diantaranya:

1. Bayaran bulanan berkurang bagi sesiapa yang mengambil kadar terapung, bagi mereka yang mengambil kadar tetap tidak ada perubahan bayaran bulanan. Walaupun demikian sekiranya diminta pendapat Admin lebih cenderung memilih kepada Kadar Tetap kerana tidak terkesan dengan kadar OPR, harus diingat sekiranya OPR menaik maka kadar bayaran bulanan pun menaik.


2. Kadar pinjaman/pembiayaan hartanah dan ASBF turun disebabkan ekonomi yang melemah, bagi menarik pelanggan untuk membeli dan membuat pembiayaan.

3. Pelaburan
- Kadar Fixed Deposits bank turun, menyebabkan pulangan berkurang
- Fixed income/Bond/Sukuk akan lebih menarik, kerana nilainya meningkat

Bond/sukuk dipanggil fixed income kerana ada bayaran tetap (coupon rate) yang dikira semasa di issue dan tidak berubah hingga habis tempoh matang (tenure).

- Ekuiti sektor bank

Kesan penurunan OPR ini memberikan kesan positif dan negatif kepada pelanggan dan institusi perbankan , namun bergantung kepada bagaimanakah pengurusan kewangan itu dibuat bagi menyerap kesan OPR kepada ekonomi.

Sumber : Pembacaan dan perbincangan bersama rakan, Google Imej



Post a Comment

0 Comments