MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

FAQ perintah kawalan MKN Terhadap Sektor Peruncitan





Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna semalam mengeluarkan jawapan kepada soalan lazim (FAQ) bagi menjelaskan perintah kawalan pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam sektor peruncitan:

1. Adakah operasi pusat pengedaran (DC) di benarkan beroperasi seperti biasa?

Operasi pusat pengedaran (DC) yang melibatkan bekalan barangan keperluan (essential daily needs) dan makanan merangkumi e-commerce warehouse, dan supporting warehousing services adalah di benarkan untuk terus beroperasi. 

2. Adakah restoran, seksyen Ready to Eat (RTE) / bakeri di benarkan operasi? 

Restoran, RTE / bakeri boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja dan pandu lalu (take away dan drive- thru) atau melalui perkhidmatan penghantaran (delivery) oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan. 

3. Bagaimana dengan operasi food court dan tenant yang beroperasi di dalam hypermarket? 

Operasi food court boleh di buka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda.
Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan. Hanya tenant yang beroperasi di dalam industri farmasi klinikal sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam hypermarket. 

4. Bagaimana operasi peruncitan di dalam shopping mall seperti anchor tenant? 

Operasi peruncitan (makanan dan barangan keperluan harian sahaja) di shoping mall boleh diteruskan atas rundingan antara penyewa dan pemilik premis. 

5. Bagaimana operasi kedai makan atau kedai runcit atau kedai serbaneka dalam specialty store? 

Kedai makan atau kedai runcit atau kedai serbaneka dalam specialty store sahaja dibenarkan beroperasi seperti biasa tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat seperti Grab Food atau Food Panda.
Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan. 

6. Adakah operasi ibu pejabat syarikat peruncitan di benarkan beroperasi? 

Ibu pejabat syarikat peruncitan adalah dibenarkan untuk terus beroperasi seperti biasa. Namun, pihak pengurusan syarikat perlu mengenal pasti sektor atau bahagian atau unit yang perlu diklasifikasikan sebagai essential services untuk hadir bekerja di premis ibu pejabat. 

Manakala, bagi sektor atau bahagian atau unit non-essential services adalah perlu mengambil langkah work from home. 

7. Adakah kementerian akan mengeluarkan kenyataan bagi menghadkan pembelian setiap pengguna? 

Kementerian menggalakkan pihak pasaraya melakukan kawalan kendiri bagi menangani pembelian barangan makanan dan keperluan harian dengan jumlah yang tidak munasabah oleh pengguna. 

8. Bagaimana operasi departmental store yang mempunyai supermarket dan barangan kelengkapan rumah atau fesyen atau food court? 

Hanya bahagian supermarket yang menjual barang makanan dan barangan keperluan harian yang dibenarkan untuk beroperasi di departmental store. 

9. Adakah perkhidmatan dobi layan diri boleh diteruskan?

Dobi layan diri tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul. 

10. Adakah perkhidmatan kawalan keselamatan (security guard) di pasaraya masih boleh diteruskan? 

Perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan boleh diteruskan. 

11. Adakah perkhidmatan e-commerce dianggap sebagai essential services ? 

Ya. 

12. Adakah pembelian atas talian, penghantaran dan pemasangan di rumah pelanggan dibenarkan?

Ya. 

13. Adakah pusat panggilan perkhidmatan pelanggan dibenarkan untuk beroperasi?

Ya. 

14. Adakah kerja-kerja pengubahsuaian premis perniagaan boleh diteruskan? 

Bagi kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang berjalan adalah perlu ditangguhkan. Sekiranya terdapat isu-isu keselamatan, pihak syarikat perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja pengubahsuaian diteruskan. 

15. Adakah penghantar barangan non-food seperti lampin pad sanitari dikira sebagai essential item? 

Ya. 

16. Jika semua shopping mall ditutup. Adakah kedai di lapangan terbang turut terlibat? 

Hanya tenant yang beroperasi di dalam industri farmasi klinikal, pasaraya, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam lapangan terbang. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.

17. Adakah third party service providers dibenarkan beroperasi bagi membantu operasi dan rantaian bekalan kerana ini adalah kritikal dalam kelangsungan perniagaan?

Perkhidmatan yang akan memberi impak secara langsung kepada keselamatan dan bekalan adalah dibenarkan. Pengguna dan juga third party perlu mengambil kira faktor kesihatan dengan cara memakai topeng muka dan hand sanitizer. 

18. Adakah syarikat pengumpulan sampah di premis pasaraya atau kedai serbaneka atau kedai runcit dibenarkan beroperasi?

Ya. 

19. Adakah kuota beras, gula, minyak dan tepung boleh disimpan melebihi kuota lesen yang diberikan?

Syarikat hendaklah mematuhi sebarang kuota lesen yagn telah dikeluarkan oleh mana-mana agensi kawal selia. Bagaimanapun, perkara ini boleh dipertimbangkan berdasarkan case to case basis. 

20. Adakah operasi pasar malam dan pasar tani dibenarkan beroperasi? 

Tidak.

Post a Comment

0 Comments