MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

4 Kes Polio Disahkan Di Sabah


Terdapat satu kes baharu Polio melibatkan kanak-kanak lelaki bukan warganegara berumur tiga  tahun di Sandakan, Sabah.


Kanak-kanak ini tidak pernah menerima vaksin polio sejak lahir. 

Sehingga 8 Mac 2020, secara keseluruhan, terdapat 4 kes yang telah disahkan polio di Sabah.

Empat  kes yang disahkan polio ini melibatkan kanak-kanak berumur tiga bulan dari Tuaran;  tiga dan lapan  tahun dari Sandakan dan 11 tahun dari Kinabatangan.


Hanya satu kes yang masih dirawat di hospital iaitu kanak-kanak berumur tiga bulan dari Tuaran.

Kanak-kanak ini berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Tiga daripada empat  kes ini merupakan bukan warganegara, yang tidak pernah menerima vaksin polio. - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah @DGHisham

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Admin mengingatkan bersama agar dapatkan vaksin polio secara percuma di klinik kesihatan berhampiran bagi keselamatan dan kesejahteraan bersama. 

Post a Comment

0 Comments