MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Tular Status Halal Produk Lady's Choice Chicken Spread & Tuna Spread


Tular di media sosial berkenaan Status Halal Produk Lady's Choice Chicken Spread & Tuna Spread keluaran syarikat Unilever Filipina.


Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima maklumbalas dari pihak berautoriti negara Brunei Darussalam dan syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd dan mengesahkan bahawa kedua-dua produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal dari mana - mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM dan dikategorikan sebagai Tidak Halal sepertimana yang dinyatakan di dalam laman sesawang Lady's Choice Philippines.


Justeru pengguna disarankan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM serta merujuk kepada pihak berautoriti dalam memperolehi penjelasan lanjut berhubung isu tular.



Sumber : JAKIM dan ig.bruneidotcom

Post a Comment

0 Comments