MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

General Electric GE9X – Enjin Pesawat Komersial Terbesar Di Dunia


Setelah sekian lama menjalani ujian sebelum dapat digunakan secara komersial, akhirnya GE9X berjaya diterbangkan di udara bersama pesawat baharu Boeing 777X pada 25 Januari 2020 yang lalu. GE9X ialah enjin generasi terbaru daripada sebelum ini iaitu GE90 yang sudah berada berbelas tahun dalam pasaran dunia penerbangan dan digunakan oleh pesawat Boeing 777 daripada syarikat penerbangan seperti Etihad Airways, British Airways, Emirates dan Air New Zealand.

Sebelum itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita berkenalan dahulu apa itu GE9X yang dibangunkan oleh General Electric (GE) Aviation, syarikat gergasi pembuatan enjin pesawat di dunia selain daripada Rolls Royce. Kami berharap, setelah anda membaca artikel ini, dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan enjin pesawat komersial yang acap kali terbang di ruang udara kita.

GE9X telah dibangunkan khas untuk keluarga baharu pesawat Boeing 777X, di mana Boeing 777X ini mempunyai dua varian, iaitu 777-8 dan 777-9. Setelah siap dibangunkan, GE9X secara rasminya merupakan enjin pesawat komersial paling besar dan berkuasa di dunia. Ia sangat besar dan sangat berkuasa, sehingga sukar diungkapkan dengan kata-kata betapa besarnya ia. Anda mahu tahu betapa besar dan berkuasanya ia? Kami akan tulis sedikit sebanyak fakta berkaitan GE9X.

Untuk pengetahuan anda semua, GE9X dilengkapi 16 bilah kipas gergasi diperbuat daripada bahan komposit termaju. Kami tidak pasti bahan terperinci yang digunakan untuk membuat bilah kipas enjin tersebut, sudah pastinya ia adalah resepi rahsia daripada GE. Namun, GE ada mendedahkan bahawa antara bahan yang digunakan ialah generasi keempat “carbon fibre” komposit termaju. Melalui penggunaan bahan ini, GE mendakwa ia lebih ringan dan kuat daripada titanium.

Setiap bilah kipas GE9X berdiameter 11.15 kaki iaitu bersamaan dengan 3.40 meter dan diameter keseluruhan enjin GE9X ialah 3.96 meter. Jika kita bandingkan dengan pesawat komersial lain seperti Boeing 737, saiznya lebih besar dan lebar daripada badan Boeing 737 yang biasa kita gunakan dalam penerbangan domestik seperti Malaysia Airlines dan juga Ryanair. Besar bukan? Ya, GE9X lebih besar daripada badan Boeing 737. Anda juga boleh mendukung kawan anda dan berdiri di dalam enjin tersebut tanpa masalah ruang. Ia sangat besar!

Seterusnya, kami akan menerangkan sedikit spesifikasi enjin GE9X ini. Untuk mengurangkan bunyi dan juga menjimatkan penggunaan bahan api, GE9X dibangunkan dan dicirikan daripada “High-bypass turbofan[1]”. Selain itu, turbin GE9X mempunyai 2-bahagian tekanan tinggi (HP) dan 6-bahagian tekanan rendah (LP). Kompresor GE9X pula mempunyai 3-bahagian tekanan rendah (LP) dan 11-bahagian tekanan tinggi (HP). Hal ini menjadikan GE9X menjadi lebih efisien berbanding generasi enjin sebelumnya.


Untuk lebih mengetahui kuasa yang akan dijana oleh GE9X, mari kita selidik “Bypass ratio[2[“  bagi GE9X. Bypass ratio bagi enjin ini ialah sebanyak 10:1. Untuk pengetahuan anda, bypass ratio bagi enjin turbofan bermaksud nisbah jisim kadar aliran udara masuk terhadap jisim kadar aliran udara yang dimampatkan memasuki teras enjin. Sebagai contoh, nisbah 10:1 bermaksud 10 kg udara memasuki enjin bagi setiap 1 kg udara yang melalui teras enjin. Dengan ini, GE9X dapat menjana kuasa tujahan sebanyak 105000 paun (47627 kg). Bagi perbandingan, enjin pesawat pejuang F-16 Falcon hanya dapat menjana kuasa tujahan sebanyak 27000 paun sahaja. Ya, ia sangat berkuasa! Berbekalkan kuasa tujahan ini, GE9X mampu menerbangkan pesawat yang seberat 180 tan dengan begitu mudah.

Anda mahu lihat kuasa tujahan bagi pesawat komersial? Di bawah ini kami sertakan bayangan kekuatan kuasa tujahan bagi enjin pesawat komersial.

Ya, sekiranya aanda melalui belakang enjin, anda mungkin ditolak dan diterbangkan bersama-sama kereta tersebut. Di dalam sedutan video di atas, enjin Boeing 747 tersebut hanyalah berkuasa tujahan sebanyak 58000 paun. Bayangkan pula GE9X. Justeru, tidak hairanlah sehingga enjin ini sudah mendapat tempahan sebanyak 700 buah daripada syarikat-syarikat penerbangan seluruh dunia kerana GE9X sangat berkuasa, besar dan hebat. Demikianlah sedikit sebanyak fakta berkaitan enjin pesawat komersial yang paling besar dan berkuasa di dunia. Kami harap anda dapat sedikit pengetahuan berkaitan enjin pesawat komersial dan juga dunia penerbangan yang tidak asing lagi bagi kita.

Sumber : majalahsains.com

Post a Comment

0 Comments