MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Kesyukuran Naik Pangkat & Grad





 

DENGAN HATI YANG PENUH KHUSYU’ DAN TAWADU’, KAMI MENADAH TANGAN MEMOHON KEHADRATMU YA ALLAH, SEMOGA MAJLIS YANG KAMI ADAKAN INI MENDAPAT LIMPAHAN RAHMAT DAN KEBERKATAN SERTA KEREDHAANMU.

YA ALLAH, KAMI BERSYUKUR KEPADAMU KERANA DENGAN KEIZINAN DAN KURNIAAMU MAKA DAPATLAH KAMI BERHIMPUN DI MAJLIS PADA PAGI INI BAGI MERAIKAN DAN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KAKITANGAN YANG TELAH DINAIKKAN GRAD DAN PANGKAT, MUDAH-MUDAHAN ENGKAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN MEREKA YANG KAMI RAIKAN INI, ENGKAU TINGKATKANLAH KEIMANAN DAN KETAQWAAN MEREKA, ENGKAU SELAMATKANLAH PERJALANAN HIDUP MEREKA, ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA MEREKA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL AGAR MEREKA DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN CEMERLANG DAN BERHASIL DENGAN JAYANYA.

 
ENGKAU KURNIAKANLAH KAMI TAUFIQ DAN HIDAYAH, KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN YANG BERPANJANGAN DALAM IMAN DAN ENGKAU ERATKANLAH TALI PERSAUDARAAN DIANTARA KAMI, KUKUHKANLAH PERPADUAN KAMI, KEKALKANLAH SIFAT MAHU BEKERJASAMA DAN BANTU MEMBANTU DIANTARA KAMI, AGAR BAHAGIAN/JABATAN/UNIT KHUSUSNYA DAN KEMENTERIAN/SYARIKAT/ORGANISASI/PERTUBUHAN AMNYA MENDAPAT KEMAJUAN DAN KEJAYAAN DARI MASA KE SEMASA.  PELIHARALAH AKHLAK KAMI, HALALKAN REZEKI KAMI DAN TERIMALAH KHIDMAT KAMI SEBAGAI SATU IBADAT.

BERIKANLAH KAMI KESELAMATAN, KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN, HINDARKANLAH KAMI DARI SEGALA MARA BAHAYA, SAMADA YANG KAMI KETAHUI ATAU YANG BELUM KAMI KETAHUI. DARIMU JUALAH YA ALLAH DATANGNYA KESELAMATAN, DAN KEPADAMU JUALAH KEMBALINYA KESELAMATAN. SEMOGA ENGKAU YA ALLAH, SENANTIASA MEMELIHARA KAMI DI DALAM KESELAMATAN DAN KEAMANAN.
YA ALLAH, ENGKAU JADIKANLAH PERHIMPUNAN DAN PERJUMPAAN KAMI PADA HARI INI, SEBAGAI PERHIMPUNAN DAN PERJUMPAAN YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI, DAN ENGKAU JADIKANLAH PERPISAHAN KAMI SELEPAS INI NANTI SEBAGAI PERPISAHAN YANG TERPELIHARA DARIPADA SIFAT-SIFAT MAZMUMAH, DAN JANGAN PULA ENGKAU JADIKAN YANG ADA DIKALANGAN KAMI NANTI DITIMPA KECELAKAAN, MENYINGKIRKAN, ATAU TERHALANG DARI PEROLEHI RAHMATMU.


 




Post a Comment

0 Comments