MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Budak Kapal Offshore Dari Wuhan Berlabuh Di Pelabuhan Kuala Linggi, Alor Gajah?



Jabatan Kesihatan Negeri Melaka memperjelaskan dakwaan kononnya anak kapal dari Wuhan telah berlabuh di Melaka melalui Pelabuhan Kuala Linggi di Alor Gajah, Melaka.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Melaka:

Pihak jabatan ini ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat di mana kapal yang telah berlabuh bersama anak kapal pada 3 Februari 2020 dan diviralkan ini bukanlah dari Wuhan. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ingin memaklumkan bahawa saringan kesihatan kepada anak kapal dari negara berisiko terutamanya negara China adalah merupakan aktiviti tetap bagi pencegahan dan kawalan kemasukan virus 2019-nCoV yang dilakukan di semua Pintu Masuk Antarabangsa di seluruh Malaysia. Penggunaan alat perlindungan diri oleh anggota kesihatan yang bertugas adalah juga bertujuan melindungi kesihatan anggota yang bertugas di Pintu Masuk Antarabangsa.

Sumber : KKM & Sebenarnya.my

Post a Comment

0 Comments