MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bila Allah Menjemput Pulang




*Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.*

*Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana...*

*Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...sebab cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu menimbun...blh menjadi faktor takutkan kematian...*

*Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak², tak sabar pula ingin pulang ke akhirat sebab harta dah dihantar banyak ke sana...tu yang mati tersenyum gembira.*

*Sama seperti kita kerja di perantauan tapi upah/gaji kita hantar ke kampung...rasa tak sabar ingin pulang ke kampung kerana upah/gaji yang telah di hantar ke sana dan telah digunakan untuk membangun rumah, beli tanah dan harta di sana..*

*Begitulah Akhirat..*

*Kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana...Mahligai pun telah tersedia...rasa tak sabar ingin pulang ke Akhirat...*

*Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...*

*Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...*

*Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.*

*Rasulullah ï·º  telah bersabda,*

*Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 dan lupa kepada yang 5*

*1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.*

*2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.*

*3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada Al- Khaliq.*

*4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.*

*5. Mereka cinta kepada mahligai-mahligai mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."*

[AL~imam Ghazali]

BaarOkaLLOhu Fiiqum
(AamiinN)

AL~faqier;Ahmad Haadyy ALjawawiy

Post a Comment

0 Comments