MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Awas! Tipu Boost Menang Hadiah


Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak mudah panik sekiranya menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang meminta untuk melayari laman web tertentu bagi menuntut hadiah peraduan Boost. Laman web ini akan meminta pengguna untuk log masuk ke perbankan internet dengan memasukkan nombor telefon, nama pengguna dan kata laluan.

Untuk membuat transaksi, Transaction Authorization Code (TAC) akan dihantar ke nombor telefon anda. Sendikit ini akan menghubungi serta meminta nombor TAC dan seterusnya wang berjaya dipindahkan.

Pihak PDRM menasihati agar mengambil langkah berhati-hati dan jika tidak pernah menyertai apa-apa pertandingan, jangan mudah percaya.

PDRM juga menasihatkan orang ramai "ingat tiada cara mudah untuk cepat kaya!

Sumber : IG pdrmsia_official 

Post a Comment

0 Comments