MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan KKM Mengenai Larangan Penjualan Air Zam Zam di Malaysia


Baru - baru ini tular berkaitan Penjualan Air Zam Zam Dilarang di Malaysia dan sekiranya didapati bersalah dikenakan tindakan undang-undang denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun mengikut Akta Makanan 1983.

Sila klik artikel Berita Harian Disember  2014 Denda Penjara Jika Jual Air Zam-Zam 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan kenapa Air Zam Zam TIDAK DIBENARKAN dijual di Malaysia.

Kenapa?  Air Zam Zam dikategorikan sebagai Air Mineral Semula Jadi (AMS). 

Penjualan AMS wajib mendapat lesen daripada KKM mengikut Peraturan 360A, Peraturan2-Peraturan Makanan 1985. 

Tiada lesen dikeluarkan KKM bagi penjualan Air Zam Zam. 

Pada tahun 2015 dan 2017 isu penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yang diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna pernah tular di dalam media. 

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah

serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi. Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia.

Sumber : KKM dan Berita Harian 







Post a Comment

0 Comments