MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Produk Jenama Ali Cafe


Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan lebih lanjut berkenaan status halal produk jenama Ali Cafe yang kononnya dikaitkan dengan keratan akhbar bahawa pengeluar produk Kluang Rail Cafe telah didakwa ekoran menjual produk yang mengandungi gelatin babi.

Menurut kenyataan rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM:
Untuk makluman, keratan akhbar tersebut dikeluarkan pada tahun 2011 dan isunya telah selesai namun kembali ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kini, Kluang Rail Coffee merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
Selain itu, produk jenama Ali Cafe yang ditularkan bersama juga merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tiada kena mengena dengan produk Kluang Rail Coffee.

Diterbitkan April 2019
Sumber : JAKIM 

Post a Comment

0 Comments