MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kategori Warna Topi Keselamatan


Lazimnya apabila kita melawat kawasan tapak pembinaan, kawasan industri, pembinaan bangunan, pemasangan elektrik dan sebagainya peralatan pemakaian keselamatan Personal Protective Equipment (PPE) adalah diwajibkan bagi melindungi dan mengurangkan risiko dari berlaku kemalangan dan sebagai alat perlindungan diri. 

Dalam ruangan ini dikongsikan berkenaan Pelindung Kepala merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja di mana bahagian kepala merupakan bahagian tubuh yang berpotensi menerima kecederaan akibat kerja yang dijalankan.

Topi Keselamatan pelbagai warna yang kita nampak dipakai oleh setiap orang, namun berbeza tugas yang dilakukan. kategori warna Topi Keselamatan:

PUTIH

Di khaskan kepada Jurutera, Pengurus, Penyelia dan Mandur 

BIRU

Di khaskan kepada Juruelektrik, Tukang Kayu, Teknikal Operasi lain

MERAH

Di khaskan untuk Ahli Bomba

HIJAU

Di khaskan untuk Pegawai Keselamatan (Safety Officers)

KELABU

 Di khaskan untuk Pelawat Tapak

KUNING

Di Khaskan untuk Buruh Kasar, Operator Bergerak

COKLAT

Di Khaskan untuk Pengimpal dan Pekerja Dengan Haba Kepanasan Yang Tinggi

Sumber: Brentforth






Post a Comment

0 Comments