MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hentikan Pembakaran Terbuka



Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)  Malaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah MESTECC sedang giat melaksana tindakan pemantauan & penguatkuasaan di seluruh negara semasa musim panas dan kering ini bagi memastikan tiada pembakaran terbuka dilakukan. Laporkan sebarang kes pembakaran terbuka kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.

MESTECC menyeru kepada orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka.

Hentikan Pembakaran Terbuka!

Laporkan segera kepada Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sumber : MESTECC 

Post a Comment

0 Comments