MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Coronaviruses China Mengenakan Perintah Kuarantin Di Wuhan



Coronaviruses menyebabkan negara China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan dan semua 11 juta penduduk tidak dibenarkan keluar.

Semua pengangkutan awam seperti bas, subway, feri dihentikan sementara bermula 10 pagi, 23 Jan.  Lapangan terbang ditutup & semua  penerbangan dari Wuhan dibatalkan. 

Setakat ini, 17 dilaporkan maut di Wuhan akibat virus itu yang kini telah merebak di serata negara dan kes terbaru ialah di Hong Kong.

Lelaki 39 thn bersama keluarganya baru pulang dari Wuhan dan dimasukkan ke hospital namun 4 ahli keluarganya yg lain telah berlepas ke Manila. 


Ia menimbulkan kebimbangan lebih ramai terdedah kpd jangkitan virus itu.

Pada awalnya, laporan tersilap menyebut 4 ahli keluarga lelaki itu telah berlepas ke Malaysia.

Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga sejak hari pertama virus itu dilaporkan di Wuhan. 

Sumber : KKM


Post a Comment

0 Comments