MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Boost, Touch 'n' Go dan GrabPay Mana pilihan Rakyat Malaysia



Pengendali e-dompet cuba mendapatkan sebanyak mungkin pelanggan daripada 15 juta rakyat Malaysia yang layak agar menuntut wang RM30 pemberian kerajaan melalui firma mereka.

Sejak jam 8 pagi tadi, ketiga-tiga firma berkenaan - Grab, Boost, dan Touch 'n Go - yang terlibat dalam skim itu telah melancarkan pelbagi insentif untuk menarik orang ramai supaya mendaftar.

Berikut adalah tawaran yang dibuat oleh sistem aplikasi tersebut:
  • Touch 'n Go pula menganjurkan program "Malaysia win big". Antara lain ia menawarkan rebat tunai sebanyak RM30 dan pertandingan cabutan bertuah mingguan untuk semua pengguna yang melakukan transaksi bermula 15 Januari hingga 10 Mac. Hadiah termasuk sebuah kereta Proton X70. Menurut Touch 'n Go semua hadiah yang ditawrkan bernilai sehingga RM2 juta.
  • GrabPay pula menawarkan program "Siapa cepat dapat banyak" yang memberi baucar tunai sehingga RM3,000. Ini boleh digunakan untuk produk, perkhidmatan dan promosi eksklusif GrabPay.
Program e-Tunai Rakyat diumumkan oleh kerajaan persekutuan semasa pembentangan Bajet 2020 dengan tujuan memberi galakan kepada penggunaan e-dompet di kalangan orang ramai.

Ia sejajar dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) kerajaan, yang bertujuan mengurangkan halangan untuk mengakses teknologi digital dan menjadikan proses pendigitalan inklusif kepada semua.

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak untuk menerima wang e-tunai itu melalui mana-mana e-dompet yang mengambil bahagian.

Bagi memastikan inisiatif itu akan mempercepatkan proses pendigitalan Malaysia, RM30 itu mesti dibelanjakan antara 15 Jan dan 14 Mac, 2020, dan baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas tempoh tersebut. 

Boost dimiliki oleh Axiata Digital Sdn Bhd manakala Touch 'n Go dimiliki oleh Touch' n Go Sdn Bhd.

GrabPay pula adalah anak syarikat Grab Holdings Singapura.


Program e-Tunai Rakyat dilancarkan 

Sumber : Malaysiakini& Infografik Bernama

Post a Comment

0 Comments