MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Apakah Itu MyWC


Aplikasi MyWC yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berfungsi untuk memudahkan orang ramai mencari tandas awam.

Aplikasi ini bukan hanya membantu pengguna mencari tandas awam yang berhampiran tetapi juga untuk memberi maklumat mengenai kemudahan lain yang terdapat di setiap tandas seperti keperluan Orang Kurang Upaya (OKU), tandas berbayar dan tidak berbayar, bilik tukar lampin bayi dan lain-lain.

Sebanyak 2620 tandas yang berada di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah didaftarkan dalam aplikasi ini dan ia juga merangkumi kawasan pusat membeli-belah, perhentian (RnR), sekolah, restoran dan stesen minyak.

Sumber : IG zuraida_kamaruddin 

Post a Comment

0 Comments