MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Perasmian Pembukaan McDonald’s Cawangan Semporna, Sabah




McDonald’s di Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Lionhorn Pte Ltd dari Arab Saudi, di bawah sistem francais yang dikenali sebagai “Development Licensee” (DL).

Melalui sistem ini, McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat telah memindahkan hak milik mereka ke atas McDonald’s di Malaysia kepada syarikat Lionhorn Pte Ltd telah diberi lessen untuk mengendalikan sepenuhnya operasi McDonald’s di Malaysia dan Singapura.

Sistem ini bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan pasaran McDonald’s di Malaysia di mana pihak Lionhorn Pte Ltd mampu menyuntik modal bagi membuka lebih banyak restoran  McDonald’s dalam tempoh yang lebih singkat.


Syarikat Lionhorn Pte Ltd adalah salah sebuah anak syarikat Reza Group yang diterajui oleh Sheik Fahd dan Abdulrahman Alireza. Mereka memiliki pengalaman selama lebih 20 tahun dalam mengendalikan lebih kurang 100 buah restoran McDonald’s di bahagian barat dan selatan Arab Saudi. Termasuk 23 buah restoran McDonald’s di Kota Suci Mekah dan Madinah.

McDonald’s merupakan rangkaian restoran perkhidmatan segera pertama di Malaysia yang menerima Pensijilan Halal daripada Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri pada awal 90-an

Kesemua makanan dan minuman yang dihidangkan oleh McDonald’s Malaysia dijamin 100% Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan lain-lain badan pengiktirafan Halal yang diluluskan oleh JAKIM.

Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s di Malaysia telah ditubuhkan pada Mac 2013 dengan matlamat memastikan bahawa kesemua standard Halal dipatuhi sepenuhnya. Ahli-ahlinya memwakili pihak Lembaga Pengarah Syarikat dan jabatan-jabatan penting seperti Rantaian Bekalan, Jaminan Kualiti, Operasi, Sumber Manusia dan Pemasaran.
 

Dua (2) orang pakar Syariah dari luar telah dilantik sebagai Penasihat Syariah kepada Jawatankuasa Halal Dalaman ini

10 Disember 2019 (semalam) Lionhorn Pte Ltd membuka satu lagi cawangannya Restoran McDonald’s bertempat di Semporna, Sabah dan telah di rasmikan pembukaanya oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pembukaan cawangan restoran McDonald’s di negeri ini dilihat bukan sahaja menguntungkan syarikat berkenaan malah mampu membantu rakyat dengan menyediakan peluang pekerjaan. 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebanyak 300 peluang peluang pekerjaan disediakan yang dapat mengelakkan migrasi penduduk dalam kalangan anak muda.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berharap syarikat memainkan peranan kearah kesejahteraan masyarakat, lebih-lebih lagi melibatkan golongan masyarakat memerlukan di sekitar lokasi operasi

“Semoga pembukaan restoran terbaharu kami di Sabah ini membuka peluang pekerjaan dan ruang kearah pembangunan bakat, khususnya mereka yang tinggal di Semporna. 

“Di samping merancakkan lagi ekonomi negeri, besar harapan kami supaya perniagaan kami di Sabah membolehkan kami meringankan beban lebih ramai golongan masyarakat kurang bernasib baik di negeri ini,” jelasnya.

Sumber: McDonald’s Malaysia Portal & SabahNewsToday & Google Imej

Post a Comment

0 Comments