MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penyertaan Malaysia dalam Protokol Madrid Mulai Berkuatkuasa Hari Ini (27 Disember 2019)


Mulai hari ini, pemilik cap dagangan di Malaysia boleh mendaftarkan jenama mereka menerusi SistemMadrid, sistem pemfailan tunggal untuk pendaftaran di mana-mana 122 negara Protokol Madrid yang dipilih.

Ia berikutan penyertaan Malaysia dalam Protokol Madrid, sistem pendaftaran cap perdagangan antarabangsa yang ditadbir Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) pada 27 September 2019 yang mulai berkuatkuasa hari ini.

Menerusi sistem Madrid, pemilik jenama tempatan boleh memfailkan dan mendaftar jenama atau cap dagangan mereka di 122 negara diseluruh dunia dengan lebih cepat dan pada kos yang lebih rendah dari sebelum ini tanpa berurusan di setiap negara yang ingin diterokai. Ia sekaligus memberi banyak faedah kepada usahawan tempatan.

Pemilik jenama yang ingin mendaftar jenama mereka menerusi sistem ini boleh mengunjungi mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di seluruh negara. Manakala pemilik jenama sedia ada yang telah berdaftara dengan MyIPO juga boleh menerima manfaat daripada Protokol Madrid.

Selain mengurangkan kos perniagaan bagi usahawan tempatan, penyertaan Malaysia dalam Protokol Madrid juga mampu menarik pelaburan dengan mempermudahkan pendaftaran cap dagangan asing di Malaysia serta menghantar mesej yang jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa standard perlindungan harta intelek di Malaysia menepati piawaian antarabangsa.

Sumber: IG Saifnasution

Post a Comment

0 Comments