MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kes Influenza A (H1N1) Di Sabah


Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Mengesahkan seramai 8 kes Influenza A (H1N1) di kalangan kanak-kanak dilaporkan oleh KPJ Sabah Specialist Hospital,  Kota Kinabalu dari 15 Disember hingga 28 Disember 2019. 

Kes-kes berumur dalam lingkungan  umur  1 hingga 12 tahun dan dilaporkan stabil. JKNS telah mengambil tindakan - tindakan kawalan bagi mencegah perebakan jangkitan tersebut. Pendidikan kesihatan mengenai Influenza dan cara - cara mengelak jangkitan telah diberi kepada orang ramai.

Influenza merupakan jangkitan sistem pernafasan oleh virus influenza bermusim dengan gejala utama seperti demam selesma atau flu,  sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti kurang selera makan, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Bagi mencegah penularan jangkitan influenza, orang ramai di minta sentiasa langkah-langkah yang mudah seperti :
  1. Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi 
  2. Amalan kerap membasuh tangan dengan memggunakan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer 
  3. Mengamalkan adab batuk yang baik
  4. Mengamalkan cara hidup yang sihat 
  5. Mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam,  mereka dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (face mask). 

Sumber : JKNS 

Post a Comment

0 Comments