MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

7 Tips Khusyuk Dalam Solat


Berikut dikongsikan tips khusyuk dalam solat agar dapat menghadirkan kekhusyukkan dalam solat kita :

  1. Menghadirkan didalam dirinya hanya solat dan membuang segala yang tidak berkaitan solat, jangan memikirkan perkara lain 
  2. Hendaklah merasakan bahawa dirinya tengah berdiri di hadapan Raja dari seluruh Raja Yang Maha Mengetahui segala yang tersimpan dan tersembunyi
  3. Mentadabburi bacaan solatnya kerana hal itu dapat menyempurnakan kekhusuykkan 
  4. Mengosongkan fikiran dan hatinya dari segala kesibukkan selain solat kerana hal itu dapat membantunya khusyuk dalam solat dan janganlah memperpanjangkan atau melebarkan atau melayan pembicaraan atau kata-kata di dalam hatinya
  5. Khusyuk bukan bererti tidak mendengar dan tidak melihat apa-apa pun, namun ia harus sedar bahawa dirinya sedang solat, menghadap Allah maka tidak menoleh - noleh mata mahupun hati itu akan membantunya fokus dalam solat.
  6. Mengingat kepada kematian ketika solat,  seolah - olah ini lah solat yang terakhir 
  7. Dan petanda orang yang solatnya khusyuk, adalah orang yang setelah solat menjauhi semua larangan-Nya dan melaksanakan semua perintah-Nya.

Semoga tips di atas bermanfaat untuk kita semua.

Sumber: Buku Agama 

Post a Comment

0 Comments