MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Banjir Di Pantai Timur


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta pihak industri telekomunikasi, pos dan kurier berganding bahu buat kali pertama dalam misi Penghantaran bantuan kemanusiaan untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

Antara sumbangan yang dihulurkan adalah termasuk power bank, air minuman, selimut, kit penjagaan diri, serta barang kegunaan harian yang lain.


Antara syarikat kurier yang terlibat adalah City- Link Express, GD Express Sdn Bhd, J&T Express, Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd, Pos Malaysia dan Sky Net Malaysia.

Syarikat telekomunikasi yang terlibat ialah Digi dan U-Mobile kedua-dua syarikat ini menyumbangkan power bank, air minuman, selimut, kit penjagaan diri, serta barang kegunaan harian yang lain dan bantuan kemanusiaan ini akan tiba di Pasir Mas dan Tumpat,  Kelantan pada Sabtu (14.12.2019).

Sumber : MCMC 

Post a Comment

0 Comments