MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Program Sinergi Sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Timbalan Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri dan merasmikan Program Sinergi Sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Matrade Exhibition Covention Centre di sini (11 November 2019).

Program ini bakal mengwujudkan horizon baharu dalam kualiti sistem penyampaian perkhidmatan ditawarkan agensi yang menyediakan manfaat keselamatan sosial di seluruh negara.


Program bertemakan "Sinergi Perkasa,  Rakyat Sejahtera" itu juga merupakan formula terbaik bagi mengatasi permasalahan ekonomi yang melanda rakyat Malaysia khususnya golongan B40 

Melalui sistem jaringan keselamatan sosial yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi dalam negara,  kerajaan akan memastikan tiada rakyat khasnya daripada golongan B40 yang benar-benar memerlukan pertolongan tercicir dari senarai penerima bantuan, katanya (Dr. Wan Aziah Wan Ismail) 

Di bawah dikongsikan ringkasan berkenaan Program Sinergi Sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) & Sistem MySynergy Baharu.

Dilaksanakan sejak 7 Ogos 2018 dengan melibatkan 5 agensi ia itu.:-

  1. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  2. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
  3. Giat MARA 
  4. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 
  5. Malaysia Digital Coorperation (MDEC)
Program Sinergi Sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah inisiatif kerajaan dalam mewujudkan ekosistem keselamatan sosial yang bersifat holistik dan 'end to solution' kepada rakyat melalui sistem MySynergy.

Diantara objektif program:-
  1. Meningkatakan pendapatan sara hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan
  2. Menjadikan rakyat celik pengurusan kewangan
  3. Menyediakan platform keselamatan sosial secara berpusat, sistematik dan komprehensif 
  4. Mengwujudkan rakyat berkemahiran kompeten dalam pelbagai bidang 
Sumber: IG drwanazizah & Jabatan Penerangan Malaysia 

Post a Comment

0 Comments