MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pendidikan Untuk Semua


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyahut seruan prinsip Education For All (EFA) yang dilaksankan oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Prinsip EFA adalah satu mandat global yang berjuang dalam memastikan semua rakyat di seluruh dunia mendapat hak pendidikan. Melalui Pendidikan Untuk Semua KPM berhasrat untuk membangunkan modal insan yang holistik dan seimbang dari pelbagai aspek bagi membentuk masa depan negara yang cemerlang.

Selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua KPM memperkasakan lagi dasar sedia ada iaitu Dasar Sifar Penolakan bagi memastikan Penempatan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah-sekolah KPM tanpa menafikan hak MBK untuk menerima hak pendidikan.


Perlaksanaan dasar ini telah melibatkan semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di mana MBK boleh diterima masuk ke mana-mana Program Pendidikan Inklusif (PPI), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Sekolah Pendidikan Khas (SPK). Dasar ini mendukung kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 yang menyatakan bahawa MBK berhak mendapatkan akses kepada pendidikan yang relevan dan sesuai.

Justeru mari bersama-sama menggembleng tenaga bagi menyahut dan merealisasikan hasrat KPM untuk memastikan semua generasi muda Malaysia mendapat hak equiti dan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan memperkasakan hak pendidikan kepada MBK dan memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian MBK.

Sumber: KPM

Post a Comment

0 Comments