MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Keselamatan Semasa Menjalankan Aktiviti Air


Berikut dikongsikan Panduan/Tips keselamatan kanak-kanak ketika menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan air,  sama ada air kolam,  air sungai, taman rekreasi dan seumpamanya:-

  1. Memastikan cuaca bersesuaian sebelum melakukan aktiviti di kawasan rekreasi -badan air.
  2. Membaca dan memahami setiap amaran dan panduan keselamatan  yang tertera di papan tanda keselamatan di air.
  3. Mematuhi langkah-langkah keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan atau pelampung ketika berada di air.
  4. Menjalankan aktiviti air di kawasan tumpuan dan memastikan terdapat penyelamat keselamatan berhampiran kawasan rekreasi atau badan air.
  5. Ketahui kedalaman kolam di setiap sudut kerana kedalaman setiap sudut adalah berbeza.
  6. Perhatikan persekitaran kolam sama ada mempunyai alat bantuan keselamatan seperti pelampung dan jaket.
  7. Jangan sesekali berenang bersendirian kecuali terdapat penyelamat di tepi kolam.
  8. Melakukan regangan sebelum masuk ke kolam bagi mengelakkan kekejangan otot.
  9. Pastikan pencahayaan di sekitar kolam adalah cukup.
  10. Gunakan tangga yang disediakan yang ada disetiap kolam apabila masuk kolam,  jangan sesekali melompat terus ke dalam kolam.
  11. Berhati-hati dengan lantai yang licin disebabkan terkena air kolam dan kaki yang basah.
  12. Elakkan mandi sekiranya dasar dan bucu kolam pecah atau mempunyai retakan, keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan sekiranya terpijak.

Pastikan ibubapa mengambil perhatian dalam menjaga anak-anak semasa menjalankan aktiviti di dalam air:-
  1. Memantau pergerakan anak-anak semasa menjalankan aktiviti air, jangan lalai dan alpa.
  2. Pastikan lokasi dan cuaca semasa menjalankan aktiviti air selamat dan bercuaca baik.
  3. Memastikan anak-anak memakai atau menggunakan alat keselamatan yang dibekalkan atau kepunyaan sendiri.
  4. Jangan benarkan anak-anak bermain atau menjalankan aktiviti di kawasan rekreasi atau badan air yang berisiko tinggi.
  5. Sentiasa mengambil perhatian terhadap anak-anak.

Semoga panduan keselamatan dan panduan kepada ibubapa di atas bermanfaat untuk kita semua bagi memastikan anak-anak dalam keadaan selamat apabila menjalankan aktiviti air di luar sana. 

Sumber : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) & JAPEN Malaysia.

Post a Comment

0 Comments