MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Faedah dan Keburukan Dron




Pesawat udara tanpa pemandu atau dikenali sebagai Dron (bahasa Inggeris: unmanned aerial vehicle, disingkatkan kepada UAV), juga dikenali dengan nama dron, merupakan sejenis pesawat udara yang tidak memerlukan juruterbang untuk mengendalikannya. UAV memiliki dua kelainan: iaitu sama ada yang dikendalikan secara kawalan jauh, atau boleh diterbangkan secara bebas berdasarkan rancangan penerbangan yang sejak awal-awal lagi telah diprogramkan dengan menggunakan sistem automasi dinamik yang sukar. Pada masa sekarang, kebanyakan UAV boleh melaksanakan misi-misi pengawasan dan juga serangan. UAV juga kini semakin banyak digunakan untuk kegunaan awam, seperti memadamkan kebakaran. UAV sering kali digunakan di dalam misi-misi yang sangat "bosan, kotor, atau berbahaya" untuk sesebuah pesawat yang berpemandu.

Terdapat pelbagai jenis bentuk, saiz, tatarajah dan ciri-ciri sesebuah UAV. Untuk kegunaan rencana ini dan bagi membezakan UAV dengan peluru berpandu, UAV ditakrifkan sebagai berupaya dikawal dan dikekalkan, penerbangan separas dan dikuasai oleh sebuah enjin jet atau enjin salingan. Peluru berpandu krus tidak diklaskan sebagai sebuah UAV kerana sepertimana peluru berpandu yang lain, kenderaan ini sendiri merupakan sejenis senjata yang tidak boleh digunakan semula, meskipun dalam sesetengah kes ia tidak berpemandu dan dikendalikan secara kawalan jauh. 


Singkatan UAV boleh dikembangkan dalam beberapa kes kepada "Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu" (unmanned-aircraft vehicle system, UAVS). Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menerima kelas generik Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (unmanned aircraft system, UAS) yang pada asalnya diperkenalkan oleh Tentera Laut A.S. bagi menggambarkan fakta bahawa UAV bukan semata-mata merupakan sebuah pesawat, tetapi sistem, termasuk stesyen darat dan unsur-unsur lain.

Pada masa lalu, dron kebiasaannya digunakan bagi tujuan ketenteraan, di mana ia digunakan untuk latihan tembakan anti pesawat, risikan dan juga sebagai senjata.

Austria menjadi negara pertama yang diketahui menggunakan drone untuk menyerang Itali pada 22 Ogos 1849. Ketika itu, dron masih berbentuk balon udara dan dilengkapkan dengan bahan peledak di dalamnya. Revolusi demi revolusi maka hari ini dron menjadi lebih canggih dan dikawal melalui Remote Control sahaja.

Faedah Dron Dalam Industri

1.Media, kewartawanan dan filem
  1. Membantu mendapatkan imej yang sebelum ini sukar diperolehi 
  2. Kecil, ringan, mudah alih dan senang dibawa 
  3. Senang untuk dikendalikan, hanya memerlukan seorang sudah cukup 
  4. Digunakan untuk merakam aksi atlet di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Sochi, Rusia
2. Agrikultur/Pertanian
  1. Tabur baja dan siram air di kawasan tanaman dengan lebih mudah dan pantas 
  2. Memantau kebakaran atau banjir 
  3. Kesan penyakit atau serangan daripada serangga perosak serta boleh mambuat rawatan 
  4. Proses merekod dan inventori
3. Perniagaan
  1. Perkhidmatan penghantaran barang kepada pelanggan seperti yang dibuat oleh DHL menghantar barangan ke perkampungan di pergunungan Alps di Switzerland dan Syarikat Amazon menghantar barang ke United kingdom (UK). 
  2. Eksplorasi sama ada dalam air, gas, minyak dan galian 
  3. Tujuan dokumentasi seperti laporan kemalangan, pengesahan pembinaan dan status kerja di tapak pembinaan
4. Penguatkuasaan
  1. Siasatan di lokasi kejadian jenayah 
  2. Membantu pihak berkausa mengesan penjenayah dengan lebih mudah dan pantas 
  3. Membuat Pemantauan di udara
5.Faedah lain
  1. Mencari dan menyelamat 
  2. Pengawasan 
  3. Pemantauan trafik dan cuaca 
  4. Bantuan memadamkan kebakaran 
  5. Peribadi dan untuk penggambaran
Keburukan Dron
  1. Menceroboh Privasi Seseorang apabila digunakan untuk mengambil gambar individu di rumah mereka atau kawasan yang dianggap milik persendirian.
  2. Menceroboh Kawasan Larangan seperti Kawasan Lapangan Terbang sehinggakan pihak Amerika Syarikat (AS) di bawah Pertubuhan Penerbangan Persekutuan (FAA) menetapkan beberapa undang-undang berkaitan dron antaranya melarang ia diterbangkan di kawasan berisiko seperti di lapangan terbang.
  3. Menerbangkan dron di kawasan yang mengundang bahaya kepada orang ramai seperti di kawasan bandar dan kawasan jalan raya dan kawasan yang berisiko.
  4. Menimbulkan banyak kebimbangan keselamatan seperti berlanggar di ruang udara dan hilang kawalan terutamanya bagi kegunaan komersil dan peribadi.
Setiap teknologi yang dicipta dan digunakan mempunyai faedah dan keburukannya terpulang kepada seseorang individu atau sesebuah negara untuk tujuan apa dron digunakan, sekiranya untuk tujuan kebaikan maka hasilnya dapat dimanfaatkan. Sekiranya digunakan untuk tujuan yang salah boleh menyebabkan peperangan, menceroboh hak individu atau negara, jenayah, dan seumpamanya.

Sumber: Wikipedia, Berita Harian, Google Imej & Penulis sendiri


Post a Comment

0 Comments