MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ahli Majlis Penasihat Syariah BNM



Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini bersamaan 1 November 2019 mengumumkan pelantikan sembilan (9) Ulama dan Pengamal Syariah terkemuka sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) BNM bagi tempoh 1 November 2019 sehingga 31 Oktober 2022.

Pelantikan Ahli MPS mendapat perkenaan Yang di -Pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Seksyen 53 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Berikut Di bawah adalah Ahli Penasihat MPS tersebut :-

1.Datuk Dr.  Mohd Daud Bakar
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Amanie Group.



2. Dr. Ashraf Md. Hashim
Ketua Pegawai Eksekutif, ISRA international Consulting Sdn Bhd (IICSB)


3. Dr. Mohamad Akram Laidin
Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA)


4. Dr.  Engku Rabiah Adawiah Engku Ali
Professor, Institut Perbankan Kewangan Islam (IiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


5. Dato' A.  Aziz A. Rahim
Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Malaysia


6. Encik Burhanuddin Lukman
Ketua Unit Takaful, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA)


7. Sahibus Samahah Date's Dr. Haji Anhar Haji Opir
Timbalan Mufti Selangor, Jabatan Mufti Selangor.


8. Dr. Marjan Muhammad
Ketua Jaminan Kualiti, Akademi Penyelidikan Syariah Anatarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) 


9. Encik Zainal Abidin Jamal
Penguasa dan Rakan Kongsi Kanan, Zainal Abidin & Co. (Peguam Bela dan Peguam Cara)



MPS adalah pihak berkuasa tertinggi bagi penentuan Syariah berhubung perniagaan Perbankkan Islam, Perniagaan Takaful dan Perniagaan Pembiayaan Pembangunan Islam yang dijalankan oleh Institusi Kewangan yang diselia oleh Bank. 

Majlis ini memainkan peranan penting dalam memelihara kesucian Syariah dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap industri Kewangan Islam di Malaysia.

MPS juga berfungsi untuk menasihati BNM mengenai sebarang isu melibatkan Syariah seperti Perniagaan, Transaksi Kewangan Islam dan segala Aktiviti - Aktiviti yang dijalankan oleh BNM atau Bank Pusat.

Keputusan MPS sangat penting dalam rujukan oleh Mahkamah dan Penimbang Tara sekiranya berlaku pertikaian atau kes berkenaan Syariah.


Sumber : BNM, BERNAMA dan Google Image 

Post a Comment

0 Comments