MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

TH Catat Keuntungan Suku Pertama 2019


Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat keuntungan bersih berjumlah RM440 juta bagi suku pertama tahun ini, berakhir 31 Mac 2019.

TH Melangkah Dengan Lebih Yakin
Badan pemegang amanah itu turut merekodkan pendapatan berjumlah RM623 juta bagi tempoh dikaji.
TH dalam kenyataannya berkata, pendapatan TH djangka akan terus meningkat mulai suku kedua dengan penerbitan sukuk oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang akan memberi pulangan hampir RM800 juta setahun dan pelaksanaan proses pelarasan pelaburan baharu.
TH mencatatkan prestasi yang mampan pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019, hasil daripada kejayaan proses penstrukturan dan pemulihan yang dilaksanakan pada akhir Disember 2018.

Aset TH 2018
Kedudukan kewangan TH semakin kukuh dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM1.2 bilion, disokong oleh peningkatan prestasi portfolio pelaburan serta kualiti keseluruhan aset yang sihat setelah rosot nilai dibuat pada 2018.

Hibah TH 2018
TH berkata, dalam tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2019, lebih daripada 91,000 akaun simpanan baharu juga sudah dibuka, seterusnya meningkatkan jumlah keseluruhan pendeposit TH kepada 9.3 juta.
Sebagai sebuah institusi yang membantu umat Islam menyimpan dan melaksanakan ibadah haji, operasi perkhidmatan pengurusan simpanan kekal lancar tanpa sebarang gangguan pada suku tersebut.

TH Bank Run
TH turut merekodkan simpanan baharu sebanyak RM4.3 bilion manakala pengeluaran sebanyak RM4.6 bilion, perbezaan sebanyak 0.3 bilion adalah perkara normal dan tidak menjejaskan kedudukan kewangan TH.
TH berkata, pihaknya turut mengadakan persiapan rapi bagi suku berkenaan berikutan musim haji yang semakin hampir.

Hadi Menunaikan Haji
Termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk memastikan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua jemaah bagi menunaikan haji ke tanah suci.
Antara yang akan dilaksanakan bagi tahun 2019 ini ialah:-

  1. Proses urusan pra-pelepasan di tanah air yang akan memendekkan tempoh menunggu di Terminal Haji Jeddah dan Madinah.
  2. Penyediaan khemah berhawa dingin di Arafah bagi memberi keselesaan beribadah serta menangani risiko gejala kesihatan akibat cuaca panas.
  3. Penyediaan sebahagian sajian hidangan sedia dimakan mengikut cita rasa tempatan ketika Masyair.
Penerbangan haji pertama dijadualkan berlepas pada 4 Julai 2019 dan penerbangan akhir akan berlepas pada 4 Ogos 2019.

Giliran Menunggu Tunaikan Haji dipendekkan


Sumber : Berita Harian dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments